Friday, June 10, 2016

Selamat Berpuasa!

Selamat berpuasa untuk semua!
Semoga Ramadhan kali ini jadi medan untuk kita kembali pada Tuhan.
Semoga kekuatan dalam diri menjadi pendorong kehidupan.
nah,  belanja gambar sehari sebelum puasa di Pantai Irama,  Bachok



Monday, May 30, 2016

Jamboree 2016

Warna warni jamboree 2016 Sekolah Menengah Setiabudi.




Thursday, May 26, 2016

Hariku

Hari siangku terasa panjang
Ketika resah kian terbentang
Indahnya dunia aku terbayang
Dikala semangat mulai hilang

Biarkan dunia terus berputar
Akan ku lalui tanpa gentar
Melalui detik detik hambar
Tiada daya untuk menghindar

Bintang, kekal lah disitu
Jangan biar malam berlalu
Selimuti aku yang membeku
kakiku longlai badanku kaku.

Peritnya satu ujian
Bila tidak ketemu Tuhan
Mata samar tak nampak jalan
Hati kelam jadi tak keruan.

Cukup lah segala dugaan
Tak mampu lagi untuk bertahan
Kini mengharap petunjuk jalan
Jalan rahmat dan ampunan

Wednesday, May 25, 2016

Hint dari Tuhan

Langit membiru tanda kebesaran
Hutan menghijau lambang keindahan

Yang membiru terkadang kelabu
Yang menghijau terkadang kemarau.

Dalam kau mengejar bahagia
Kau terduduk menyapu luka

Dalam kau memanjat harta
Kau tersungkur di kaki kedana

Dalam kau menadah tawa
Kau terbasah tangisan durja

Dudukmu itu satu penangan
Sungkurmu itu satu panggilan
Basahmu itu satu perubahan
Liku liku menuju Tuhan.

Satu peringatan,
Hint dari Tuhan.

Sunday, May 22, 2016

Pendosa tanpa noktah

Kau biar aku dihina,
Kau biar aku dikata,
Tak apa,
Kita juga sama.

Salahku kau tebarkan,
Silapku kau hamparkan,
Tak segan,
Kita jadi bualan.

Kau gambarkan kau syurga,
Kau campakku dalam neraka,
Tak mengapa,
Kita serupa.

Aku sangka kau indah,
Aku damba kau tabah,
Kita bersalah,
Pendosa tanpa noktah.

#inspirasianak

Thursday, May 19, 2016

Aku Dihukum Neraka

Ya, aku mengaku,
Segala salah dan dosa di bahu,
Segala perbuatan yang telah lalu,
Dengan akur ku tutur malu.

Ya,  itu aku itu aku, 
Usah lagi kau tanya talu,
Cukup dengan aku setuju,
Badanku kejang darahku beku.

Jangan lagi kau ulang,
Kerna banyak mata memandang,
Banyak juga telinga terpasang
Tak sanggup lagi menyembah orang.

Salahku itu bukan sengaja,
Khilafku itu bukan dipinta,
Aku hanya silap angkara,
Dalam menempuh dunia yang fana.

Aku dihukum neraka,
Oleh manusia syurga.

Tuesday, May 17, 2016

Selamat Hari Guru

Masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru untuk cikgu semua. 
sepanjang ZS jadi cekgu ni,  beberapa statement ZS nak buat utk cekgu..hehe. acah je..
1. Sekiranya ada pelajar ada buat salah... major atau minor. Anggaplah benda tu jadi kat anak kita. apa tindakan kita?
2. Kita akui siatem pembelajaran kita ketinggalan zaman. tapi bila sistem di ubah,  kenapa taknak berubah??
3. Dalam didikan tak ada cara timur ke barat. Kita utamakan cara Islam.
4. Cikgu,  kalau pelajar-pelajar sukakan cikgu. 50% dari kerja-kerja cikgu dah selesai.
5. Last sekali cikgu,  jangan pernah kita judge pelajar kita. Biar banyak mana kesalahan dia buat. Lepas kena hukum jgn kita pandang lain macam pulak.
6. Eh ada lagi... ada cikgu yg mengajar di sekolah terbaik. Pilih pelajar di kalangan terbaik. Kemudahan yang ada terbaik. Bila keputusan keputusan keluar terbaik. Mereka claim mereka cikgu terbaik. Tahniahlaa...
Mengajar yang pandai ke kurang pandai ke.. peranan kita sama pentingnya. Untuk mendidik.
panjang sangat nih. huhu..
Selamat Hari Cekgu 