Friday, June 10, 2016
Selamat Berpuasa!
Monday, May 30, 2016
Thursday, May 26, 2016
Hariku
Hari siangku terasa panjang
Ketika resah kian terbentang
Indahnya dunia aku terbayang
Dikala semangat mulai hilang
Biarkan dunia terus berputar
Akan ku lalui tanpa gentar
Melalui detik detik hambar
Tiada daya untuk menghindar
Bintang, kekal lah disitu
Jangan biar malam berlalu
Selimuti aku yang membeku
kakiku longlai badanku kaku.
Peritnya satu ujian
Bila tidak ketemu Tuhan
Mata samar tak nampak jalan
Hati kelam jadi tak keruan.
Cukup lah segala dugaan
Tak mampu lagi untuk bertahan
Kini mengharap petunjuk jalan
Jalan rahmat dan ampunan
Wednesday, May 25, 2016
Hint dari Tuhan
Langit membiru tanda kebesaran
Hutan menghijau lambang keindahan
Yang membiru terkadang kelabu
Yang menghijau terkadang kemarau.
Dalam kau mengejar bahagia
Kau terduduk menyapu luka
Dalam kau memanjat harta
Kau tersungkur di kaki kedana
Dalam kau menadah tawa
Kau terbasah tangisan durja
Dudukmu itu satu penangan
Sungkurmu itu satu panggilan
Basahmu itu satu perubahan
Liku liku menuju Tuhan.
Satu peringatan,
Hint dari Tuhan.
Sunday, May 22, 2016
Pendosa tanpa noktah
Kau biar aku dihina,
Kau biar aku dikata,
Tak apa,
Kita juga sama.
Salahku kau tebarkan,
Silapku kau hamparkan,
Tak segan,
Kita jadi bualan.
Kau gambarkan kau syurga,
Kau campakku dalam neraka,
Tak mengapa,
Kita serupa.
Aku sangka kau indah,
Aku damba kau tabah,
Kita bersalah,
Pendosa tanpa noktah.
#inspirasianak
Thursday, May 19, 2016
Aku Dihukum Neraka
Ya, aku mengaku,
Segala salah dan dosa di bahu,
Segala perbuatan yang telah lalu,
Dengan akur ku tutur malu.
Ya, itu aku itu aku,
Usah lagi kau tanya talu,
Cukup dengan aku setuju,
Badanku kejang darahku beku.
Jangan lagi kau ulang,
Kerna banyak mata memandang,
Banyak juga telinga terpasang
Tak sanggup lagi menyembah orang.
Salahku itu bukan sengaja,
Khilafku itu bukan dipinta,
Aku hanya silap angkara,
Dalam menempuh dunia yang fana.
Aku dihukum neraka,
Oleh manusia syurga.
Tuesday, December 15, 2015
"Terima kasih staat...."
Bukan kerana harta..
Yang mampu beli satu semesta..
Bukan kerana nama..
Yang mampu kenal satu dunia..
Kerana agama..
Kerana bangsa..
Kerana jiwa..
Seorang cikgu, guru, mentor dan sifu..
Melihat anak didik berjaya ke mercu..
Tahniah kepada semua calon pt3 2015 SM Setiabudi. Apapun keputusan yg anda peroleh. Guru guru percaya ada sesuatu yang bernilai dalam diri anda.
Ucapan "terima kasih stat..." Cukup buat saya tidur dalam senyuman harini 😆..
Tuesday, December 8, 2015
Jakun
"kita buat bukan kerana duit tapi kerana minat.."
Graduation 2015 SM Setiabudi memang unik kali ni. Serba serbi unik!
Yang paling berharga bagi zarseries ialah pengalaman bermain instrumen untuk persembahan hari tersebut.
Pada mulanya nak belajar keyboard.. pergi belajar chord dengan student sendiri! Mungkin student tu sendiri rasa awkward! Hahaha...
Credit to Zarif Azri.
Tp sebagai penuntut ilmu. Kita tak perlu malu untuk kata kita tak tahu. Terutamanya pada ustaz-ustaz luar sana yang suka goreng macam dia wikipedia.
Perasaan puas lepas persembahan tu memang tak dapat digambarkan. Walaupun main tak perfect pun..hehe.
Success is not perfection.. Success is progression!
Sunday, September 27, 2015
#SehatiSejiwa
Oh ya, mungkin ni first entri tentang sekolah ni. Untuk tahu lebih lanjut tentang sekolah tempat zarseries mengajar, boleh tengok sini. Ini antara gambar pada sambutan tersebut.
Barisan kepimpinan pengawas mempersembahkan nyanyian lagu-lagu patriotik.
menyanyi bersama-sama
Pelajar-pelajar Ting. 1 Setiabudi
Walaupun berbeza warna, kami #sehatisejiwa
Inilah video yang bertajuk sehati sejiwa, dilakonkan oleh pelajar dan guru. Kredit buat MDIM and the gang untuk video kreatif ini.
Sunday, November 20, 2011
Angguk Pak Kaduk
Monday, November 14, 2011
Laa Tahzan (baca: don't be sad)

Thursday, November 10, 2011
Friday, August 26, 2011
'Eid Mubaarak G.V !
Sunday, July 31, 2011
Ramadhaan Kareem!

Wednesday, May 4, 2011
Thursday, April 28, 2011
" teacher azhar kahwin lagi "
5 march - ingat lagi bila tok kadi tanya " Tuan Mohd Azreen Azhar bin Tuan Zulkifly, seJAUH manakah kamu ingin mengahwini Nornailah binti Mohd Fadzli? " aku agak blur dengan soalan ni, aku hanya jawab " memang JAUH ".
kemudian, tok kadi menghulurkan buku berwarna biru lalu bertanya : " boleh baca kan? " aku angguk terpaksa. aku baca satu per satu teks bahasa arab tu sambil menjaga syntax dan morphology nya. Alhamdulillah, habis khutbah nikah aku baca..
Tok kadi bertanya lagi: " paham kan? cuba translate ". dalam hati aku kata ni dah macam arabic oral test la pulak kan... tak apelah. layan jelah.. aku cuba translate walaupun ada yang aku skip.
bayangkan, selepas dah lalui macam-macam soalan dan karenah tok kadi.. baru lah berpindah ke agenda yang paling penting. majlis akad nikah. kawan-kawan, pada 5 march 2011 aku dah dinobatkan sebagai suami kepada wanita yang menggunakan nama penanya Umm Zuhayr! Alhamdulillah.
Friday, September 17, 2010
cuti raya: cool n steady bro!
selamat hari raya aidilfitri..
zar masih lagi ada kat kampung sehingga 19hb, ahad.
percutian yang sempoi sahaja..
banyak kerja2 terpaksa dicutikan..
kepada yang masih bercuti.. luangkan masa dengan perkara berfaedah.
okay lah..kembali beraya! jumpa lagi..
dijemput untuk ke blog gabungan saya..
http://baytussaadah.blogspot.com
Tuesday, August 24, 2010
alangkah tak baiknya..
kadang kadang terfikir jugak, ada orang yang hanya tengok bola (maksud aku tonton perlawanan bola sepak la..) tapi tak main bola..dan mereka ini kebanyakannya mempunyai pengetahuan am dan semasa yang lebih luas dari orang yang bermain bola.
ada pulak yang hanya sibuk bermain bola, tak kira la padang ke futsal ke.. tapi tak suka menonton perlawanan bola sepak. sudah tentu lah mereka ini mempunyai kemahiran yang luas dan tinggi berbanding yang menjadi penonton.
tapi masalahnya sekarang.. aku tergolong dalam kedua2 jenis manusia kat atas ni. orang main bola aku join, tengok bola pun aku join. alangkah baiknya buat salah satu je.. takdelah buang masa sangat kan? tapi apa guna tengok kalau tak main? mungkin berguna jugak kalau main tapi tak tengok..kan?
* dua hari lepas tengok ulangan Malaysia U23 vs Korea Selatan U23. Syabas buat skuad kebangsaan!
Friday, July 9, 2010
Improvement
"okey, memandangkan ini kelas terakhir kita bersama.."
"saya nak semua keluarkan kertas dan tulis komen positif dan negatif tentang saya..cara pengajaran dan sebagainya.."
"untuk saya improve pada masa akan datang.."
tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara..
" ostaaat..potong rambut! "
aku hanya tersenyum sinis.. aku tau pelajar2 akan dengki apabila rambut cikgu tak sama dengan rambut depa.. ( yang sangat skema )
dah dekat dua minggu baru terasa nak gunting rambut.. tapi malangnya hari ni jumaat. kedai kat terengganu tutup..
hajat tak kesampaian..esok dah nak balik uia..


