Wednesday, November 11, 2015

Inspirasimu

Akan ku ungkai
Segala mimpimu dalam lena
Biar ternampak dek mata
Biar tercapai segala
Padaku kau percaya

Akan ku ungkai
Segala resahmu dalam dada
Biar tenang di jiwa
Biar lapang diminda
Padaku kau meminta

Akan ku ungkai
Segala inspirasimu dalam jiwa
Biar terhebat didunia
Biar terkenal persada
Padaku kau segala..

Monday, November 2, 2015

SPM 2015

Sepanjang 5 tahun menjadi guru. Ini ada adalah tahun kedua mengajar pelajar-pelajar yang menduduki SPM. Peperiksaan telah bermula,  3 Nov 2015. Semoga kamu semua berada pada kesihatan yang terbaik. Persediaan yang terbaik. Hanya doa kami,  para guru dan ibubapa yang mengiringi kamu mencapai kejayaan. InshaAllah.
Turn on butang 'tenang' dan 'fokus'!!

Inspirasi 5 jari


IBU JARI yang sentiasa menghargai. memberi galakan dan memuji.

JARI TELUNJUK yang sentiasa memberi arahan dan menyalahkan orang lain.

JARI HANTU menjadi kawan baik jari telunjuk. sentiasa mengutuk dan menghina. merendahkan orang lain.

JARI MANIS yang sangat sopan santun. lemah lembuh sehingga selalu dapat hadiah cincin.

JARI KELINGKING walaupun paling lemah dia sangat setia. ingat tak bila berjanji, orang akan guna jari ni.

Walaupun jari-jari ni ada yang bersifat dan negatif. sampai satu masa. mereka bersatu melakukan sesuatu perkara untuk mencapai matlamat.

Ironinya,  kepelbagaian antara kita memang wujud. dengan kepelbagaian itu kita saling membantu,  saling melengkapi,  saling bekerjasama bersatu untuk mencapai matlamat.

Tidakkah kita mempunyai kelemahan diri? kenapa kita tidak boleh bertolak ansur dengan kelemahan orang lain?

Sunday, October 18, 2015

INSANITY

Siapa yang tak kenal dengan si genius Albert Einstein. Ada satu quote yang menarik tentang insanity.
betul apa yang dikatakan.. kadang-kadang kita hanya lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza. kita lakukan cara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.

Apa kata kita buka hati kita, buka minda kita untuk terima perubahan. cara baru, pendekatan baru,  dengan harapan dapat keputusan yang baru.
Jangan kita terperangkap dalam teori insanity "doing the same thing over and over again and expecting different results".

Jom berubah!

Monday, October 12, 2015

Selamat menghadapi peperiksaan

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kundi
Yang indah itu SETIA
Yang molek itu BUDI

Buat semua calon PT3 SM Setiabudi, semoga tenang menghadapi PT3 2015. Restu guru ayah bonda mengiringi kejayaan kamu semua. InshaAllah.

Buat calon yang mengambil Bahasa Arab, buat yang terbaik!



3 AL-FARABI

 
 3 AL-GHAZALI

 3 AL-KHAWARIZMI

3 AL-BIRUNI

Sunday, September 27, 2015

#SehatiSejiwa


Dalam entri kali ni, Zarseries cuma nak kongsikan video kreatif pelajar dan guru sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 yang lepas. Sambutan sangat meriah jika dibandingkan pada tahun lepas.

Oh ya, mungkin ni first entri tentang sekolah ni. Untuk tahu lebih lanjut tentang sekolah tempat zarseries mengajar, boleh tengok sini. Ini antara gambar pada sambutan tersebut.

Barisan kepimpinan pengawas mempersembahkan nyanyian lagu-lagu patriotik.

menyanyi bersama-sama

Pelajar-pelajar Ting. 1 Setiabudi

Walaupun berbeza warna, kami #sehatisejiwa

Inilah video yang bertajuk sehati sejiwa, dilakonkan oleh pelajar dan guru. Kredit buat MDIM and the gang untuk video kreatif ini.


Saturday, September 26, 2015

tiada tajuk

sebelum mata terlelap
kendurkan hati yang sentap

jika sudah terlelap mata
hati sentap terbelah dua

sebelum kata terungkap
lenturkan akal yang bengap

jika sudah terungkap kata
akal yang bengap tiada berdaya