Sunday, July 25, 2010

hujung minggu di MADID

dua hari berada di madid..

tiada apa yang dapat aku buat sebenarnya..

tujuan asalnya untuk meneruskan lakonan bahasa arab.

cuma dapat pantau 2 sesi penggamabaran sahaja..

baguslah..pelajar2 boleh berdikari..

dah boleh buat lakonan sendiri..

cuma perlukan ustaz untuk tashih sahaja.

kerja tak susah..cuma perlu komitmen.

banyak aktiviti yang membolehkan kita untuk improve bahasa arab ni..

walaupun macam tak ada ape2.tapi bagus jugak..

dapat hantar buku2 ustaz..dan set soalan spm..

hantar kamus skali..

serta dapat jumpa pelajar2 sini yang dirindui..cewah..

lepas ni xtau lagi bila aku dapat datang sini lagi...

mungkin dalam jangka masa yang lama.

banyak perkara lain yang perlu aku fokuskan dulu..

to madid's student..goodluck everyone!

Friday, July 9, 2010

Kem Bina Sahsiah & Bahasa Arab

alhamdulillah!
pada 3 & 4 julai 2010
telah diadakan kem bina sahsiah dan bahasa arab.
untuk pelajar-pelajar SMK Bintang Utara ( yang best & sempoi! )
program ini disertai oleh 126 pelajar kelas aliran agama..

walaupun kekurangan fasilitator, program berjalan lancar..
terima kasih semua fasi, pelajar2, serta pihak sekolah yang memberi kerjasama..
segala kekurangan harap dimaafkan..


seronok + penat


diorang ni kalau bercakap bukan main lagi.. memang takde noktah (.)


malu2.. malu2.. tapi mau!

p/s: gudluck kepada semua peserta kem!

Improvement

hari terakhir sebelum langsai praktikal sebagai seorang guru..

"okey, memandangkan ini kelas terakhir kita bersama.."

"saya nak semua keluarkan kertas dan tulis komen positif dan negatif tentang saya..cara pengajaran dan sebagainya.."

"untuk saya improve pada masa akan datang.."

tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara..

" ostaaat..potong rambut! "

aku hanya tersenyum sinis.. aku tau pelajar2 akan dengki apabila rambut cikgu tak sama dengan rambut depa.. ( yang sangat skema )

dah dekat dua minggu baru terasa nak gunting rambut.. tapi malangnya hari ni jumaat. kedai kat terengganu tutup..

hajat tak kesampaian..esok dah nak balik uia..

Saturday, July 3, 2010

Jiwa: Kacau Bilau




aku adalah pelajar di dalam bidang bahasa arab.. ( bagi sesiapa yang belum tahu )
masih jelas terbayang didalam kotak pikiran aku.. saat aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran didalam bidang ini..seorang guru pernah berkata padaku..

" sekarang ni, bidang bahasa arab ni banyak peluang pekerjaan... macam2 boleh jadi, tapi last2 kebanyakannya akan jadi cikgu "

dari saat itu.. aku nak buktikan kepada masyarakat bahawa bidang bahasa arab ni bukan hanya jadi cikgu @ ustaz.. tapi, lama kelamaan aku merasakan ruang untuk aku buktikan semua ni semakin sempit.. sempit untuk aku hilangkan tanggapan ini:

- bila ketemu teman2 lama.. bertanya apa khabarnya, sudah bekerja atau masih belajar, jika belajar..apa kos yang diambil dan sebagainya.. apabila aku ditanya apa bidang aku..

dengan tenang aku jawab " aku ambik bahasa arab "

dengan spontan mereka akan respon " owh..ustaz la ni.... "

dan ada sesetengah mereka akan memandang aku atas dan bawah..
( mungkin mereka berfikir kerana aku tidak seperti gambaran seorang 'ustaz' yang tersimpan didalam kotak pemikiran mereka..walaupun aku di bidang bahasa arab )

lalu terpacul lah dari mulut2 mereka label " ustaz rock " yeaahh!

aku hanya remaja biasa yang pakai jeans, t-shirt, jubah pun aku pakai OK.. adakah tak sesuai bagi pelajar bahasa arab macam aku untuk pakai pakaian 'biasa' ni? sehinggakan digelar rock? aku bukan suka rock pun.. aku balada beb!

yang aku bertambah peliknya..bila ada akauntan yang pakai macam aku..takde pulak gelaran "akauntan rock". diskriminasi?

sebelum aku mengarut lebih banyak lagi..perlukah aku:

1) mengubah minda masyarakat yang mana pelajar bahasa arab tak mesti natijahnya akan menjadi seorang ustaz..

atau...

2) mengubah diri aku mengikut masyarakat yang mana pelajar bahasa arab perlu mencirikan diri seperti seorang ustaz??


komenZar: ini hanyalah luahan hati.. bagi sesiapa yang menceburi bidang ini untuk menjadi 'ustaz'..anda dialu-alukan..