Thursday, May 28, 2009

Kem Bahasa Arab - SBPI Gombak


komenZar: bergambar sebelum bertolak pulang..


komenZar: "al-ankabut" beraksi di konsert pertama mereka. dikir barat dalam bahasa arab!


komenZar: ni la budak2 group aku.. nama group.."al-ankabut". walaupun baru form3, penguasaan bahasa arab diorang bagus..

Tuesday, May 26, 2009

Fabulous Forbidden!



we are the champion..glory2 forbidden!!

forbidden fc re-united.

ditubuhkan ketika di mciium.

digabungkan kembali dan terus menjadi johan untuk futsal charity tournament. mengalahkan team hape ntah 3-0 di final.

ayuh berkenalan dengan legend2 ni..

duduk:
( die ni suke menggentel aja..mau di 'ole' nya..telaco betol)

dari kiri:

bade'
( ketenangan menjadi kunci kejayaan, kelemahan die.. "own goal")

nabil
( fenomena nabil..telah menemui posisi sebenarnya iaitu keeper. kelemahan die ni..suka membebel time game. antara zikir yang die selalu sebut..err.. "babi")
amazing anep & terrible temmet
( 2 player ni baru dibeli on free transfer.haha.. pasangan adik beradik macam rafael & fabio. anep lebih hebat dari abangnya. kelemahan.. tidak boleh digandingkan bersama. confirm hancur..)
terrific tuan (zar)
( yang ni memang legend. score 6 goals in 3 matches. kelemahan.. ada ke? dari ape yang diorang cakap la kan.. die ni player yang pemalas gile!.)
komenZar: biasala.. player bertaraf bintang akan ada perangai yang macam tu..bajet star!
wonderful wan
( die ni ibarat manager yang tak dilantik dalam forbidden fc. memang dari matric lagi..die akan tentukan sape yang men dulu.kelemahan dia ni..same gak.."own goal". tapi ok sikitla..die boleh buat gol jugak )
awful ashrul
( mamat ni takde dalam gambar. sebab die tak main untuk semi & final. die ni seorang yang 'over' time celebrate goal..kelemahan, yang ni banyak..salah satunye suke sangat jatuh. ada khabar angin mengatakan ashrul tidak lagi berminat bersama forbidden fc. hubungannye dengan manager ffc tegang kerana beliau lebih berminat untuk bersama kaki bangku fc. contract bersama ffc akan tamat hujung tahun ini.)

Thursday, May 21, 2009

selamat hari aku!!

entri yang lepas pasal hari guru dan hari ibu..
sekarang ni hari aku pulak..
dan hari-hari yang mendatang.

tak cukup kat planner..
kat sini pun aku nak tulis gak program aku.
boleh la membebel panjang sikit..

ni bukan suke2..
ni untuk sape yang cari aku..
kalau aku takde atau tak reply mesej korang.
maknanya aku busy..
ataupun aku memang malas nak reply.hehe..

1. aku ada program dengan sbpi gombak pada hujung minggu ni.
kem bahasa arab untuk pelajar pmr. aku risau join program kat skolah.. sebab ape? aku takut budak2 skolah tu syok kat aku.hahahahaa..

2.pada masa yang sama, ada tournament futsal. aku dah register untuk forbidden fc. Aku serba salah sebenarnya. nak jadi fasi atau main futsal. untuk tidak mengecewakan sesiapa, aku akan cuba join dua2. huhu..tamak giler!! memang aku nak ole semua musuh aku.huh! teruja dapat main dengan team forbidden fc. legend!

3.aku ada midterm minggu depan. subjek abbasid. tak tau bile nak study..

4.member baik aku budak johor nak jumpa aku. so, aku kene la entertain dia. kitorang memang baik gila. dah banyak kali kata nak datang,at last tak jadi. kali ni kalau tak jadi...memang aku sekeh kepala dia.

5.hujung minggu depan pulak.. ada lagi satu program bahasa arab untuk pelajar bahasa arab kat maahad johor. jauh jugak tu..tapi aku suke je. dapat balik kampung halaman.ngeh2..

6. dan yang terakhirnya.. berkenaan permintaan ummuhadra yang nak dengar lagu esokku kini. yang ni la buat aku paling busy.. perkembangan terkini, lagu tu dah siap. cuma lagu tak clear.tak dengar sangat.. aku harap dapat rakam lebih jelas lagi untuk pengunjung Zar Series. So, itu ambil masa la sikit..sambil2 duk cari lagu esokku kini. ada dua lagu yang dah siap iaitu 'yelah aku sape' dan 'cha..' thanks buat emmett, usop, and hanan.

ni la jadual aku yang akan datang. ada lagi satu..meeting dengan src. tapi aku nak buat2 lupa..haha..

last skali.. untuk diri aku..tak kesah orang panggil aku ape. tak kira zar, azhar, tuan, tuek (legend),angah, azreen, ayeng, ayin, zahar, jahar, dan sebagainya..

aku nak ucapkan..
SELAMAT HARI AKU!!!!!

komenZAr: aku suka biru..

Sunday, May 17, 2009

hari ibu + hari guru.

sempena hari ibu dan hari guru..

aku banyak wish sape2 yang layak bagi diri aku..

tapi xlarat nak wish sume orang..

untuk hari ibu..of course la ummi aku.

Rahani bt Abdullah. ni secret, takleh cite panjang2..

aku ada jugak wish beberapa insan lain seperti....(isi sendiri)

untuk hari guru plak..aku wish semua cikgu yang ada dalam list phonebook aku.

dari banyak2 msg diorang reply..ada 3 msg yang buat aku senyum sorang2..

ngeh..ngeh..

1.my ummi (tak nak bgtau korang..)

2.salah sorang ibu reply (ibu mertua kot..)..

" tq, sayang anak mak.."

3.ustaz aku merangkap ketua warden dulu..ust faizi, die tulis..

" thank u my son"

hehe.. papepun rasanya belum terlambat untuk aku tulis.

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru!!!

untuk ibuku dan ibu-ibu seMalaysia.

untuk kesemua guru-guruku di:

tadika kemas kuala besut ( cikgu aya, cikgu ana & lain2)
sk kuala besut (semua skali)
sk pengkalan nyireh (ustzh nik fatanah n lain2)
sek agama simpang rengam 1 &2 ( ustzh aminah, ust norizam n lain2)
sk simpang rengam (cikgu ramidah,cikgu nakiah,teacher kamisah,cikgu jumaat,cikgu ismail, dan ramai lagi)
last skali smk simpang rengam!!!
yang ni nak sebut nama ramai sangat..untuk semua guru2 smk simpang rengam..
you are d best!! i love u!

Friday, May 15, 2009

KEYBOARD YANG SIAL!

KEYBOARD YANG...

sekali sekala aku menggunakan..

laptop member sebagai bahan..

mula mula kenapa begini..

lama lama aku mengerti...


ku taip salah, seperti sasau..

kau buat aku, seperti kerbaaaauuu..


kau keyboard orang, aku mengerti..

tapi kau buat, ku sakit hatiiiiii.....


lemah lembut,sopan santun..

tekan tekan perutmu ituuu..

tengok tengok, tak keluar pun..

rupa rupanya aku tertipuuuu.....


ku ingin blah, aku dah letih..

semua kerana kau memang hampeeeeeehhhh..........


ku naik berang, jadi si emo..

kalau ku serang, kau pendek umuuuurrr......



Wednesday, May 13, 2009

Jom Jamming!!

ni namanya gamelan..

ni la yang yang ktorang selalu jamming tiap2 minggu..
sem lepas la..

zar, dude, ashrul n cerot..

memang old skool punye..hehe.

selain futsal, tengok wayang, karaoke, tido..
gamelan salah satu cara untuk bergembira.haha..

tapi aku bukanlah pemain gamelan yang komited.
sekadar mengisi aktiviti kokurikulum.


ni namanya gambang
alat yang aku duk ketuk..
mula2 memang kekok..
tp lama2 ok je sebenarnya..



ini plak bonang..
memang tak reti.
tak penah lagi main benda ni..
hehe..satu hari nanti kot.
banyak lagi alat lain dalam gamelan ni..

google punye google..
jumpe gamba ni.
cikgu kitorang..
tabik respek!



Monday, May 11, 2009

esokku kini

harapkan..
esokku bersinar terang
menghapus kelam malam..

harapkan..
esokku bersama kejayaan
diiringi sejuta senyuman

menuju destinasi
percaya pada diri
mengorak hati melangkah kaki
satu langkah seribu erti..

oh..ku ingin terbang..
menggapai bintang
segala rintangan tiada penghalang

biarpun tinggi
ku terus mendaki
onak dan duri membuatku lebih berani

harapan bersemi
kejayaan dinanti
kerna ku percaya
esokku kini..

Sunday, May 10, 2009

1st album..


alhamdulillah.. setelah bertungkus lumus. dibawah ZAr RC kami telah berjaya merakamkan album pertama saya secara solo. ini adalah haluan baru saya setelah keluar masuk dari alghay band dan kayu band. Album ini mengandungi 10 buah lagu yang dicipta oleh saya sendiri dan beberapa komposer lain yang terkenal seperti Mr.Emmett, Ismail Pungki, Dude Feterman, Ashrul amahallah usman.. dan lagu yang dijangkakan akan meletup letup ialah single pertama yang juga merupakan tajuk album ini.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah:

1) Esokku Kini
2) Keyboard yang sial!
3) Tepuk atau Tebuk? ft Ismail Pungki
4) Laptopku RM200
5) Sheet!
6) Cha..
7) Telaco (versi Sabah)
8) Yelah~ aku ni sape..
9) La la la.. blaja la (remix)
10) Allah Taala~ ft dude feterman

akhirnya,setinggi2 perhargaan buat Mr.Emmett yang menyediakan kemudahan studio b3.2 untuk pembikinan album ini. walaupun hanya menyediakan sebuah gitar letrik dan sebuah gitar akustik. juga terima kasih buat asik dan yusuf sebagai perkusi untuk lagu "Allah Taala".