Saturday, December 27, 2008

ZAr Series: entri ke-100

gambar tak ada kene mengena dengan entri..


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
Selawat dan salam buat junjungan kita.. Nabi Muhammad saw.

Ini merupakan entri ke-100 di ZAr Series..
walaupun mengambil masa yang lama..err..sangat lama untuk mencapai tahap ni.

Pertamanya, ZAr selaku pemilik ZAr Series amat menghargai semua pengunjung blog ini..
dari awal hinggalah sekarang ni..
tak kira la..
yang datang pastu tak datang2...
yang datang dan terus datang..
yang datang kadang2..
semua2 lah..

terima kasih lagi saya ucapkan..
maaf juga buat sesiapa yang terasa dengan tulisan2 ni..
terutamanya puisi..ZAr bukan nak cari gaduh k...
tak payah la nak jawab2..
okeh, tutup cerita..
ni ada sedikit ole-ole untuk semua..

ZAr Siries blog kumilik..
rasa manis kukongsi serta pahit..
kata.. ku garis dan ku calit..
jiwa.. ku luah dan ku coret..

di sini ku tulis dan ku baca..
berkongsi ilmu.. juga bercanda..
menambah kenalan tanpa ku kira..
engkau miskin ataupun kaya..

saban hari ku berjalan..
blog ke blog jadi laluan..
jumpa kawan cari kenalan..
eratkan lagi persaudaraan..

terima kasih daun keladi..
daun lain tak dihargai?
jemput datang lain kali..
semoga kamu dirahmati..

sekian.. tuan azhar..




Thursday, December 25, 2008

Siri - 21

gambar hiasan

21 :
my fevret number..
tanpa sedar..aku terlalu obses pada nombor 21..

entri ni istimewa bagi aku..
dalam meniti hari2 untuk menghabiskan sisa2 umur 21 aku..

tandatangan / tanda seluruh anggota aku:
simple..hanya 21!

nombor jersi:
aku gemar menggunakan no 21!

phone number:
013-21*****

email:
tuan21_sa@yahoo.com

aku tak tau nak tulis ape sebenarnya..
tapi sejak dua menjak ni..(dah nak masuk 22tahun)
rasa macam 21 ni sangat bemakna bagi aku..

p/s: jangan silap! ni bukan tarikh lahir aku..

Wednesday, December 24, 2008

jejak januari...

berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...
inilah yang dipertua..sikap dan perangai orang yang lahir bulan januari..
sumber: durr mutalaklik
sekadar bercanda...

1) Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
komenZAr: cita-cita tinggi?haa.. tau takpe! serius? salah eja kot ni.. bukan ZAr Serius..tapi ZAr Siries..haha.. mendidik dan dididik.. yang ni ZAr memang suka..sirius!

2) Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
komenZAr: yang ni tak tau la nak cakap.. tapi bak kata orang ni.. mengkritik bukan bererti menentang!

3) Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
komenZAr: rajin, ini pujian ke hape ni.. jangan tertipu dengan pujian! baca artikel ini by alitantawi. keuntungan tu hasil ape yang kite buat sebenarnye..

4) Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
komenZAr: ZAr memang suke semua ni bila perkataan2 ni dalam bentuk 'masdar' seperti di atas. tapi agak tak suka bila datang dalam bentuk fe'el contohnya mencantikkan.. mengemas dan mengatur.hehe...ikut mood jugak.

5) Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
komenZAr: diam tanda setuju.. tapi sensitif dari aspek lain kot.. bukan macam girls.. tak tau nak explain macamana.. pendek kata, sensitif cara lelaki.. ( ada ke?)

6) Pandai mengambil hati orang lain.
komenZAr: hahaha.. jaga2 sape yang tengah baca ni.. aku ambik kang hati korang!! yearrrgghhhhh!!!!!!!!!

7) Pendiam kecuali telah dirangsang.
komenZAr: tepat!

8) Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
komenZAr: pemalu, ni la punca menjadikan aku seorang yang pendiam. kesimpulannya, rangsangan akan menghilangkan malu aku.. hahaha..

9) Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
komenZAr: dats why aku seorang yang berdisiplin!

10) Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
komenZAr: Alhamdulillah sihat.. tapi bab selsema ni memang azab..

11) Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
komenZAr: haa..dengar tu! die cakap aku romantik tau.. haha..

12) Cukup sayang pada kanak-kanak.
komenZAr: kalau kite tak sayang diorang..sape lagi? sape? ha? cakap!

13) Suka duduk di rumah.
komenZAr: rumahku syurgaku.. tapi lepas tengok cite "yes man" aku selalu keluar rumah..haha.. tengok ar cite ni. best!

14) Setia pada segala-galanya.
komenZAr: yang ni semua orang kene tau...aku bagitau skali lagi..aku setia pada segala-galanya!

15) Perlu belajar kemahiran bersosial.
komenZAr: alamak.. takde pulak subjek ni kat study plan aku..kene jumpa bro.asri nih. boleh add lagi satu subjek sem ni.. dulu pun dah blaja kan? kemahiran hidup..pendidikan jasmani..semua tu kemahiran bersosial pe..kecoh betul la..

16) Sifat cemburu yang sangat tinggi
komenZAr: cemburu tanda sayang kan? kan? kan??


Friday, December 19, 2008

belajar loghat terengganu..





kekadang..ade org sms saya..
"zar, makna perkataan ni ape? -.....

"zar, ni maksudnye ape...?

hari ni saya tak mboh cite pasal bahasa arab..

hok tu bese doh orang tanye..

tapi ambe nok cite pasal bahasa tranung!

p/s: penting untuk sape2 yang ingin melawat terengganu..
lebih penting untuk sape2 yang ingin bergewe dgn orang sana.. huhu..
penting untuk sape2 yang salu tanye aku.. :-P

panah sang (panah kettik).......panas yg teramat sgt
comel lote........comel yg amat
sejuk ketto........sejuk yg sgt2
punoh jahnang......rosak
sekak netting.....singkat sgt (kain)
nipih nayyang.....sgt nipis
babei.............degil
jabir/supek/plastik ghok-ghak.........plastic bag je padahal
puahsang..........boring
meppeh............tak larat
tadok aroh........habis ikhtiar
manih leting......sgt manis
bapok gong........sgt besar
beghak nanang......sgt berat
ringang lepung.....sgt ringan
dop tahu starang.....tak tahu pun
busuk kohong....busuk gile
agah...org yg sombong
boloq woq ...... serabut
dokdang ....... tak sempat
bising bango.....bising sgt
tubek .......keluar
nganjing........mempermainkan
dekut apah......kedekut teramat sgt/kokut
nebeng ngoh......ter over

** bangga jadi 'terengganuvean' (baca :orang terengganu) walaupun.....


sumber: http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=103242&start=0&

Tuesday, December 9, 2008

Jika kau sukakan aku..

Jika kau sukakan aku..
Ingat Tuhan yang satu..

Jika kau sukakan aku..
Ikhlaskan hatimu..

Jika kau sukakan aku..
hormati ibu bapaku..

Jika kau sukakan aku..
persiapkan dirimu..

Jika kau sukakan aku..
tunggu aku di situ..

jika kau sukakan aku....

Pernah..

pernah..
jiwaku gelisah..

pernah..
nafasku lelah..

pernah..
hatiku gundah..

pernah..
aku yang bersalah..

pernah..
kataku tak kau endah..

pernah..
angkara karenah..

pernah..
impianku musnah.

pernah..
hati ku luka berdarah..

pernah..
kaki ku longlai lemah..

lalu ku tersungkur resah
masih adakah ruang taubat nasuha? - by syima

Thursday, December 4, 2008

ZAr Series:Arabic Royal Debate 2008

International Islamic University Malaysia..
pada 28-3hb Disember yang lepas, UIA telah menganjurkan pertandingan debat diraja antara universiti tempatan..
aku bukan la seorang debater..haha..
tapi salah seorang dari komiti pertandingan tersebut..
bagi kategori bahasa arab..

seperti yang aku sangkakan dari awal lagi..
perlawanan akhir debat bahasa arab ini..
antara UIA lawan UIA..

keyakinan aku terhadap prediction aku ini..
bukanlah sebab UIA main 'taktik kotor'
seperti dakwaan, tuduhan, cemuhan yang dilemparkan oleh peserta mahupun staff dari universiti lain..
tetapi kerana kehebatan debater uia yang sukar di ganggu gugat..

perlawanan akhir arabic debate kali ni antara UIAM A dan UIAM B
UIAM A: Salman, ayu, kak janah, ngan sape tah sorang lagi..(susah nak tulis..die ni orang arab)
UIAM B: Ikhwan, kak ulya, abu hafiz, n Zubaidi ('arabiyy)



ZAr, Abdurrahman, Aizu..
a'dha' barlaman

uiam b(mu'aradhah)

uiam a(hukumah)

pertandingan ini disertai oleh universiti-universiti tempatan seperti:
UIAM, UiTM, USIM, UPSI, UDM, UKM, UMP dan lain2 ( kot2 ada yang tertinggal)

UM pula telah menarik diri bagi kedua2 team mereka..
ini bukan salah saya.. bukan salah kamu wahai pembaca..
tetapi mereka menarik diri kerana degil dan keras kepala..



akhir sekali..
tahniah buat debater2 uia..uiam A, uiam B, uiam C, SWING..
juga tahniah buat semua komiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..

p/s: gambar2 dan video akan dimasukkan ke www.arabicdebate.com/website..
tarikh akan ditetapkan..


Monday, December 1, 2008

download buku (manhaj hadith)

disini terdapat buku-buku tentang manhaj hadith..

elok rasanya untuk dikongsi bersama..

تباين منهج المتقدمين والمتأخرين في التصحيح والتعليل

إجماع المحدثين

من قصص أئمة الحديث 1

اثر علل الحديث في اختلاف الفقهاء

أسئلة عن صحة بعض الأحاديث

الجلسات اليومية للشيخ العلوان من 1 - 15

الحديث المعلول - قواعد وضوابط

الموازنة بين المتقدمين والمتأخرين

علوم الحديث في ضوء تطبيقات المحدثين النقاد


untuk download..sila ke laman ini