Wednesday, November 7, 2007

hey orang2 sempang!!!

aku nak turun johor!!!insyaAllah bulan ni pas aku abes exam..kalau aritu aku pegi sorang2,tapi kali ni ngan family aku..pehal pegi ngan family lak?? nak masuk minang sape2 ke? hehe...diamlah ko! sebenarnye aritu janji ngan pejal nak g johor..die punye cite yO yO oOo je.. tapi habuk pun tarak! pastu konon la nak amik ati aku..die nak blanje aku makan pizza..hOhO... last2, family aku yang nak g sana..alhamdulillah. harap2 jadi lah ye..sbnrnye xde ape pun kat sempang tu.. tapi apasal la aku sronok tak pasal2.yahOooOOOoo!!!

Friday, October 26, 2007

Alumni Smksr..


alumni smksr.. adakah ia akan berjaya ditubuhkan? bilakah penubuhannya? berapa lama perlu menunggu? pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.. kita diberitahu supaya bersabar menantikan kemunculannya..juga disarankan supaya terus dan terus memberi sokongan.. disamping mengumpulkan rakan2 yang sama-sama menuntut ilmu suatu ketika dahulu.. ada ura2 mengatakan bahawa alumni smksr akan ditubuhkan sebelum pencennya pn.hajah rohani bt bakar, selaku orang yang terpenting mengepalai smksr.. juga sebelum pencennya ustaz ramli, insan yang memainkan watak terpenting menubuhkan KAA (kelas aliran agama) dan SA (sains arab) di smksr, namun segalanya masih bergantung kepada abg kamal dan atong..
kami telah menyuarakan sokongan..demi sokongan.. dan sebagai bekas pelajar smksr yang peka..sudah tentu kami bukan sahaja mahu "menunggu" tuk mencapai matlamat ini.. kami mahukan perkembangan demi perkembangan tentang alumni smksr. mainboard 'penubuhan alumni smksr' perlu ditubuhkan segera.. supaya segala kerja2 boleh dilakukan dgn lebih tersusun dan serius.
juga perlu diingatkan..untuk menubuhkan alumni smksr, kerja2 ke arah itu bukanlah sekadar kerja2 diwaktu lapang..malah ia memerlukan komitmen yang tinggi walaupun tiada ganjaran yang dijanjikan.
kita bersyukur..kerana mempunyai watak yang bagi saya mampu melaksanakan tugas ini..abg kamal dan atong.
dan kami berharap,segala perkembangan tentang penubuhan alumni smksr dapat diiklankan.. contohnya: di group smksr(friendster) atau blog2..contohnya blog atong..supaya ex-students smksr dapat mengetahui perkembangan terkini.





Wednesday, October 24, 2007

I.Z n haziq!


kidz!!

Suara Palestine 2

"Kami membela Al-Quds dan memanggil anda semua..
Dan kami bertanya..
Apakah Al-Quds hanya milik rakyat Palestine sahaja??
Atau milik umat Islam seluruhnya??
Mengapa kamu diam-diam saja??
Anak-anak kami pergi meninggalkan kami di pagi hari..
Dan kembali di petang hari sebagai syahid..
Kamu pula hanya menonton di kaca tv..
Apa yang kamu tonton??
Mengapa hanya menonton??
Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil dan berkata..
"wahai anak anak pelempar batu..
Bebaskanlah aku dari cengkaman zionis dan yahudi"
Tetapi apa jawapan kita?
Apa jawapan kita kepada Al-Aqsa ketika dia memanggil kita??
Labbaika ya Aqsa..
Labbaika ya Aqsa..
Dengan darah darah kami..
Labbaika ya Aqsa dengan ruh ruh kami..
Al-Quds lebih mahal dari ruh ruh kami..
Walau ruh ruh kami adalah paling mahal bagi kami..
Tetapi Al-Aqsa lebih mahal dari semua itu.."

Seandainya Kau disisi..

Kerdipan bintang dilangit memancarkan cahaya..
menerpa kehidupan yang bersungguh mengejar cita…
pernah ku mendaki gunung tinggi agar disanjungi…
meredah lautan yang luas untuk dipuja dipuji...
Namun bila hilang semua, dimanakah saudara?
yang tinggal hanya helaian yang tiada pernah ku buka..
walau sejauh mana ku berlari..
tak mungkin sembunyi apa yang digenggaman untuk ku tempuhi dan diuji.
sejauh manakah keteguhan imanku….
aarrghh…….
Kaburnya pandanganku akan esok yang menunggu..
namun pasti seandainya Kau disisi hatiku takkan sendiri..
sejauh manakah keteguhan imanku??
Walau sejauh mana ku berlari..
tak mungkin sembunyi apa yang digenggaman untuk ku tempuhi dan diuji…
sejauh manakah keteguhan imanku…
seandainya Kau disisi hatiku takkan sendiri…
seandainya Kau disisi..

O Mama, Aku mahu kahwin! - buat ibubapa moden

Maszlee Malik

Antara dilemma yang dihadapi oleh anak-anak muda masakini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. Samada di dalam bidang hiburan, mahupun di dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa. Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilemma yang mereka hadapi semakin parah.

Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya "coupling" (berpacaran) dan "sex before marriage" (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa. Seseorang remaja akan terasa seperti makhluk asing di bumi jika mereka tidak bergaul bebas dengan rakan-rakan berlainan jantina. Bagi anak-anak yang dibesarkan di sekolah-sekolah agama atau madrasah, mereka mungkin masih lagi selamat. Keselamatan ini, walau bagaimanapun akan segera hilang apabila mereka mula melangkah ke gerbang-gerbang IPT. Tidak kiralah IPTA mahupun IPTS. Kebebasan dan juga pengaruh rakan dan sekitaran akan segera membuatkan mereka menerima kejutan budaya. Samada mereka akan larut dan terheret oleh pengaruh sekitaran, ataupun mereka akan menjadi begitu rigid, keras dan tidak bertolak ansur. Inilah realiti kehidupan anak-anak muda di IPT-IPT.

Sepertimana yang pernah diutarakan sebelum ini, solusi bagi fenomena yang begitu menggila ini ialah "nikah". Hayat para pelajar di IPT tidak patut disia-siakan. Waktu yang mereka habiskan untuk berpacaran dan juga melayan lamunan, akan lebih terjaga jika mereka telah bernikah. Segalanya akan menjadi halal, dan masa tidak akan terbuang sia-sia. Segalanya mendapat keberkatan, dan tiada kerungsingan dan juga ketidak tentuan perasaan. Jika persoalan natijah selepas pernikahan yang menjadi persoalannya, maka solusi "nikah khitbah" telah dicadangkan. Mudah sahaja, selama hayat mereka di IPT, mereka tidak perlu mengandung, tidak perlu melahirkan anak, tidak perlu untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang khusus, dan tidak perlu menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang mempunyai pekerjaan tetap. Mereka hidup sebagai suami isteri di dalam segala keterbatasan yang ada, yang penting hubungan tersebut halal dan mereka tidak melakukan maksiat.
Walau bagaimanapun, ide ini tidak semudah yang diutarakan. Kebanyakan komen dan respon yang diterima adalah bersifat negatif. Bukanlah para remaja IPT yang bersifat negatif, tetapi ibu bapa yang bersikap negatif. Memang benar, tanpa sokongan ibu bapa, ide nikah khitbah untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada berzina ini tidak mudah. Ibu bapa di Malaysia masih lagi mempunyai pemikiran yang kolot dan klasik. Mereka masih lagi menggunakan sifir lama dan lapuk.Mereka sanggup menjunjung adat yang kolot walaupun terpaksa membiarkan anak-anak dara dan teruna mereka bergelumang di dalam dosa. Jika hendak berkahwin, tunggu selepas habis belajar. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat pekerjaan tetap. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat ijazah. Bagaimana pula sementara menunggu hendak habis belajar dan hendak mendapatkan pekerjaan tetap?
Si teruna dan dara tiap-tiap hari bersua muka. Peluang untuk bertemu dan bersama itu jauh lebih besar daripada tidak bertemu. Dorongan media massa, media eletronik, persekitaran dan juga budaya setempat mendorong mereka untuk terus bertemu. Oleh kerana kita di negara yang mana rakyat masih lagi bebas untuk melakukan maksiat, maka peluang untuk melakukan maksiat itu terbuka lebih luas. Apakah ibu bapa yang kolot dan mundur pemikiran itu mengira anak-anak muda mereka malaikat yan tidak punya nafsu?, atau mungkin mereka anggap anak-anak muda mereka mempunyai "fire wall" yang begitu utuh?, atau juga mereka sangkakan mereka boleh mengawal "nafsu" anak-anak muda mereka dari jarak jauh (remote control)?
Bagi ibu bapa, sepatutnya mereka berusaha memahami realiti dan tuntutan semasa. Kita hidup di zaman yang dipenuhi dengan kefasadan dan keruntuhan moral. Peluang untuk melakukan dosa di bumi Malaysia ini jauh lebih banyak daripada peluang untuk menghindarinya. Ruang-ruang di media sentiasa diwarnai dengan warna nafsu dan juga maksiat. Anak-anak mereka yang tinggal jauh dari pandangan, sedang mengecapi kebebasan yang tidak terbatas. Tanpa iman, tanpa nilai dan tanpa sifat malu yang tinggi, mereka bebas melakukan apa sahaja. Jangan tertipu dengan perwatakan mereka di rumah!. Anak-anak muda akan mempunyai sikap dan peribadi yang berbeza sewaktu di rumah dan sewaktu berada bersama ahli keluarga. Bahkan, dalam banyak keadaan, mereka mempunyai sikap yang berbeza sewaktu di hadapan guru atau para pensyarah. Ingatlah, syaitan tidak akan melepaskan peluang untuk mendorong anak-anak Adam untuk melakukan perkara yang terlarang. Itulah tugas syaitan.
Jika para ibu bapa mempunyai tahap kepercayaan yang begitu tinggi kepada anak-anak mereka, itu adalah sesuatu yang baik. Namun, sangkaan yang baik semata-mata tidak cukup. Mereka perlu memahami realiti, anak-anak itu tinggal jauh di mata. Suasana persekitaran tidak membantu. Tarikan naluri orang muda adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, hatta di kalangan siswa dan siswi institusi pengajian berorientasikan agama. Jikalaulah mereka sudah mempunyai perubahan pada tingkah langku dan perlakuan seharian, maka selidikilah. Jika mereka sudah mempunyai pasangan, berbuallah mereka dengan cara yang matang dan rasional. Ingatlah, mereka sudah besar, mereka ingin dilayan seperti orang dewasa juga. Kadar intelektual mereka perlulah dihargai. Gunakanlah cara sehikmah yang mungkin untuk melakukan "penyelidikan" terhadap anak-anak muda.
Jikalau anak-anak muda menyuarakan keinginan untuk bernikah walaupun mereka masih lagi menuntut di kampus, jangan cepat melenting. Yakinlah, keberanian mereka untuk menyuarakan permintaan tersebut menunjukkan kematangan mereka. Keberanian mereka untuk membuat permintaan sedemikian rupa menunjukkan mereka ingin menyelamatkan iman dan akhlak.Yakinlah, jika mereka memilih untuk tidak meminta izin untuk berkahwin mereka mampu. Jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan meneruskan onar mereka sehingga ke tahap yang serius pun mereka mampu. Maka, jika mereka menyuarakan pendapat dan meminta izin, pertimbangkanlah ia dengan rasional, kematangan dan gunakanlah neraca keimanan. Mereka bukanlah anak-anak kecil lagi. Mereka juga bukannya terburu-buru ataupun terlalu mengikut nafsu. Yakinlah, apa yang mereka suarakan itu adalah bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan serta kesungguhan mereka untuk menjaga nama baik keluarga.
Apakah langkah seterusnya?
Berbincang dengan mereka. Rasionalkan pemikiran mereka untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang jauh. Dorong mereka untuk merancang dan bersikap realistik. Timbulkan segala kemungkinan dan kebarangkalian yang bakal mereka hadapi dan bantu mereka untuk mencari solusinya. Bukakan pemikiran mereka untuk melibat sudut-sudut yang mungkin mereka terlepas pandang. Apa yang lebih penting, berikan peluang untuk mereka mengutarakan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan mereka. Perlu diingatkan sekali lagi, mereka telah pun dewasa dan pemikiran mereka bukan lagi pemikiran anak-anak.
Seperkara yang penting juga, janganlah terlalu membuat keputusan melulu. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung mencemuh, memperlekehkan dan terus menutup peluang untuk anak-anak mereka bersuara. "Dah gatal!", "Belajar dulu!", "Dah tak tahan lagi!", "Awak tu muda lagi!", "Janganlah hampakan harapan mak!" dan pelbagai ayat yang berbentuk cemuhan, prejudis dan juga mematikan hujah tidak akan membantu. Sekali lagi perlu diingat, mereka bukan lagi anak-anak kecil.
Setelah anda mendengar pendapat mereka, yang sebaiknya berkenalanlah dengan pasangan anak anda itu. Perbincangan di antara si ibu dan si ayah sebelum memberikan apa-apa keputusan kepada si anak amat penting. Sekali lagi perlu diingatkan, jangan emosional dan jangan terburu-buru di dalam membuat keputusan.
Ingatlah, anak-anak muda zaman kini hidup di dalam persekitaran yang serba mencabar. Walaupun kita telah mengawal sebaik mungkin di rumah, namun apa yang mereka dapat dari media, dari rakan-rakan dan juga dari tempat pengajian jauh lebih banyak. Di dalam dunia global, tiada sesiapa yang dapat menghalang orang lain daripada mengakses kepada apa-apa maklumat. Persekitaran dan juga suasana yang serba moden dan mencabar ini akan sentiasa membawa kepada pengingkaran terhadap perintah Tuhan. Satu-satunya cara untuk anak-anak muda yang telah mula terjebak dengan "cinta" dan juga "pacaran", adalah dengan bernikah.
Mungkin ibu bapa akan terfikirkan mengenai prestasi pembelajaran anak-anak yang bakal merudum selepas perkahwinan. Mungkin juga ada di antara ibu bapa yang begitu skeptik dan merasakan bahawa anak-anak mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran selepas perkahwinan. Sesuatu yang biasa juga bagi ibu bapa yang mengandaikan seribu satu andaian liar. Bagi yang mempunyai anak-anak perempuan, maka mereka akan terfikrikan, Bagaimanakh nanti anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa untuk pelajaran dan melayan suami, Mereka juga terfikir, bagaimana pulakah jika anak mereka mengandung?, melahirkan anak?
Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki pula terfikirkan, bagaimanakah anak mereka berupaya menanggung anak orang lain. Mereka juga terfikirkan, mampukah anak-anak mereka membimbing dan menjaga "anak gadis" orang. Akhirnya, kesemua andaian-andaian dan prejudis tersebut diterjemahkan kepada penolakan. "Tunggu sehingga habis belajar!", "Kami tak menolak pilihan awak, Cuma awak kena tunggu sehingga dapat kerja yang baik!". Kesemuanya menjadi jalan keluar kepada ibu bapa yang malas berfikir, ataupun berfikiran kolot ini. Jalan mudah diambil demi memudahkan kerja-kerja mereka. Akhirnya, sang anak yang tidak dapat melawan nafsu pun terus berpacaran, dan bergelumang dengan dosa "khalwat" dan berpegangan tangan. Bagi yang tidak mempu membendung nafsu, akhirnya mereka terjerumus ke lembah zina...kesemuanya kerana pemikiran kolot si ibu dan ayah.
Ibu bapa moden perlu berfikiran terbuka. Adalah lebih baik mereka berkorban material dan tenaga demi menjaga kesucian susur galur keluarga mereka. Sepatutnya ibu bapa moden bersikap konstruktif dan bukannya negatif. Apalah salahnya jika mereka membantu anak-anak yang ingin berkahwin itu dari segi material. Berikan juga sokongan moral. Berikan sokongan dan bimbingan. Berikan tunjuk ajar, dan berikan mereka "fulus". Bukankah mengkahwinkan anak perempuan di usia muda mereka merupakan sunnah?, bukankah membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? ...Fikirkan!
Hidup manusia telah berubah, gaya kehidupan juga berubah, teknologi juga berubah, maka sudah sampai waktunya para ibu bapa moden juga berubah. Pemikiran yang kolot serta terlalu mengongkong tidak akan membantu anak-anak muda mereka. Pemikiran yang terlalu liberal dan tidak kisah juga membahayakan. Apa yang kita perlukan adalah pemikiran yang Islamik dan realistik. Kita juga mahukan pemikiran yang berdasarkan "fiqh al-Waqi'" (fiqh realiti). Biarlah minda kita selari dengan zaman.

Suara Palestine

Ayah!! Mereka kata kau penjahat..
Padahal sebenarnya kau bukan penjahat..
Ayah!! Mengapa mereka jauhkan aku darimu?
Mereka menangkapmu tanpa menberi kesempatan untuk mencium aku meskipun hanya sekali..
atau mengusap air mata ibu yang mengalir di pipi....
Ibu!! Aku melihat air mata dikelopak matamu setiap pagi..
Apakah Palestine tidak berhak diberi pengorbanan??
Setiap hari aku bertanya pada matahari..
Ibu!! apakah ayah akan kembali suatu hari nanti??
Atau dia akan pergi selamanya dan takkan kembali??
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari??
Ayah!! Dimana kau??
Ooooh..bayi-bayi yang dijajah..
Kini telah datang hari raya baru setelah hari raya yang lalu..
Dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu..
Dan para syuhada berguguran setelah gugurnya Syahid yang lalu..
sedang ayah masih disembunyikan disebalik jeriji penjara..
dalam sel mengerikan yang tak layak dihuni manusia..
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara- penjara besi itu??
Malulah kalian!! Malulah kalian!!
Aku ingin ayah pulang…

Saturday, October 20, 2007

aku rindu sama kamu..5sa`04


banguuuunnnnn...... suara macdoo kedengaran! menandakan cikgu dah datang.. aaahh! xbestnye.baru nak relax... hehe.. tu jela yang aku pk time skolah dlu...

rindu plak kat member2 aku kat atas ni....kitorang mmg rapat bagai gigi dan gusi.meh aku sebut nama2 budak ni..tapi yang brothers jela.. bkn bmakna aku dah lupa nama2 sisters..hehe....walaupun ada gak yang aku kureng igt..

dari kiri (duduk) : badeq.. nazri ismail.. muslieg.. ijoy.. n macdoo.

dari kiri (berdiri) : pejal.. mid.. zaid.. ain.. epong.. aku.. n nazri rosid.

dan tak lupa..yang cun kat tengah2 tu..cikgu kelas kitorang..pn.norazah! die ngaja fizik...tiap kali kelas die..berdiri bulu roma aku..seramm... dahla aku duduk bhgian dpn... tolong!! aaahh..tidak!!tapi... tiap kali dia marah tu la yang wat aku bersemangat!! api perjuangan aku menyala2.. semangat aku membara seperti membaranya arang2 tuk bakar sate!! dan.... ape yang membuatkan aku merasa haru...ialah....kek harijadi! hepi besday to u...hepi besday to u... kitorang nyanyi sama2 kat makmal fizik..ouch! tersentuh ulu hatiku... thanks cikgu.. kerana mengajar kami! 5 bintang tuk cikgu..

jom kita masuk kelas add math lak! banguuuuunnn..macdoo lagi!! cikgu yati datang... mengajar dan terus mengajar.. serius! saya paham ape cikgu ajar..tapi bila balik hostel..tak dapat2 nak wat latihan..kenape ni....... aaahh....mimpi ngeri bagiku!senang2,tiru midi punye...hehe.. igt,jgn ikut perangai syaitan. ujian bulanan pun tiba... antara kata2 cikgu yang aku takleh nak lupa.. "tuan kene bg saya pen merah" aik?? pen merah pen biru ke.. rupe2nye,banyak sgt salah kat kertas jawapan aku kot... tak cukup agaknye gune sebatang pen! kuang3....pape pun 5bintang gak tuk cikgu! cikgu2 aku mmg d best..cukuplah membebel. lenkali cite lagi kay..

UMMi..


Ummi…

Sejak aku dilahirkan
Tak pernah henti kau berkorban
Mengajar ku menjadi insan
Yang berbudi punya pegangan

Kala ku tak mendengar kata
Tak pernah kau doa ku binasa
Cintamu terhebat di dunia
Tiada lagi yang sepertinya

Bagiku kau segalanya
Kau sentiasa dalam jiwa
Ummi engkaulah ratuku
permaisuri dalam kalbu

khilaf antara kita lumrah
buat ku sering rasa bersalah
wahai ummi ketahuilah
kan ku terus melangkah gagah

sejuta harapan ku bawa
semangatmu tetap bersama
sungguh kau tiada gantinya
walau ku cari serata dunia

ummi engkaulah maharani
senyum untukku sekali lagi
usah bimbang wahai ummi
andai jatuhku bangun lagi…

mungkin engkau sangka aku
tak peduli tak ambil tahu
sedang aku teringatkanmu
senyum tangis dalam rindu

manis pahit legar di minda
aku harap dikau percaya
bahawa aku tetap setia
doakanlah aku bahagia

bahtera ini kan ku layar
hidup ini terus mengajar
wahai ummi engkau penawar
kau tetap nyalakan sinar

ini janji ikrar anakmu
berjuang betuli yang lalu
daku ingin engkau tahu
akan ku penuhi hasratmu

walau hidup dengan caraku
dibina dari petunjukmu
usah kau bimbang dan pilu
ku kenangmu dalam doaku

rindu pasti terlerai nanti
engkau kan tetap ku ingati
andai ku tiada di sisi
di hati tetap menemani…..

Usah Putus Asa

Usah Putus Asa
Tak tahu disebalik suka dan duka..
Ada hikmah yang disediakan olehNya
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah….

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
bukanlah waktu untuk asyik mengaduh

dari itu jangan berpaling haluan
ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
masih banyak yang belum kita terokai
di depan pasti bahagia menanti..

cubalah kau terus mencuba
lupakan segala duka lara
usah putus asa…..
segala dugaan menimpa
pastikan nanti ada hikmahnya
usah putus asa…

putus asa bukanlah penyudahnya
ayuh teruskan langkah serta berwaspada
mungkin hari ini kita meniti duka
esok harap menjadi milik kita semula

tulisan ini hanya luahan hati
bukan aku menagih belas simpati
biar apa pun di depan menanti
sabar menerima ketentuan Ilahi

kesilapan silam jadikan landasan
hidup bukan seindah diimpikan
terus melangkah jangan menoleh lagi
segala yang diimpi akan jadi pasti

cubalah kau terus mencuba
lupakan segala duka lara
usah putus asa…..
segala dugaan menimpa
pastikan nanti ada hikmahnya
usah putus asa…

ingatlah janji dari Ilahi
jika kau usaha ia kan pasti
terus mendaki puncak yang tinggi
gapailah kunci lukisan hati

cubalah kau terus mencuba
jika kau tiba di puncak jaya
ingatlah kita semua di dunia
bukan milik kita..
milik yang Esa…

Andai ku tahu..

Andai ku tahu
bila tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
bila tiba masa ku
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosa ku.
Aku takut dosa yang terus membayangiku..

Andai ku tahu
Malaikat Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu

Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga

Andai ku tahu
bila tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMU

Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosa ku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMU

Friday, October 19, 2007

Jika Kau ingin berzikir...

al-ahkam.net, ust adlan

….nasihat untuk mereka yang belum menganggotai mana-mana tarekat sufi..

Pastikan zikir itu bersumberkan daripada nas yang jelas sama ada Al-Quran atau hadith sahih. Zikir yang tidak ada di dalam Al-Quran dan hadith sahih tidak dapat dipastikan adakah maksudnya benar. Kenapa anda perlu meninggalkan zikir yang telah ada di dalam Al-Quran dan hadith sahih?

Berhati-hati dengan niat anda berzikir. Adakah kerana inginkan keredhaan dan ganjaran Allah SWT atau inginkan keramat atau keajaiban? Atau zikir kerana ingin dilihat sebagai seorang yang kuat beribadah (riya’)?

Jangan berzikir sehingga meninggalkan tanggungjawab lain yang lebih utama mengikut waktu seperti tanggungjawab terhadap keluarga, pekerjaan, ibu bapa, suami atau isteri dan sebagainya.

Sentiasa ingat bahawa zikir bukan semata-mata sebutan lidah, tapi juga penghayatan maksud di dalam hati. Zikir bermaksud untuk mengingati Allah SWT dalam keadaan sedar, bukan berzikir sampai hilang ingatan.

Anda boleh berzikir secara individu di mana-mana tempat yang suci. Tidak perlulah anda mencari majlis khas untuk berzikir dengan pimpinan/khalifah tertentu.

Berzikirlah dalam keadaan yang tenang dan jangan pula ‘naik syeikh’ sampai terlompat-lompat dengan pergerakan yang ganas kerana zikir Rasulullah SAW dan para sahabat penuh dengan ketenangan.

Pastikan hidup anda selaras dengan syariat iaitu cuba sedaya upaya mematuhi perintah Allah SWT dan berusaha sedaya mampu meninggalkan laranganNya. Jangan kuat berzikir tetapi tak peduli tentang hukum-hakam.

Jangan berzikir dengan bercampur aduk lelaki dan perempuan ajnabi dalam keadaan yang tidak ada batasan.

Janganlah berzikir sampai mencederakan mana-mana anggota badan seperti menghentakkan kaki atau tangan ke lantai dengan kuat. Islam tidak pernah menyuruh kita menyeksa diri.

Jangan berzikir dengan suara yang terlalu kuat atau kasar sehingga mengganggu orang lain (terutama ketika di masjid dan ada orang sedang solat) dan menghilangkan tumpuan diri anda sendiri.

Jangan mempercayai ganjaran zikir kecuali jika ganjaran itu ada di dalam Al-Quran atau hadith sahih. Contohnya, ‘sesiapa yang bertasbih 1000 kali, akan dapat ilmu dari malaikat’. Walaupun bertasbih adalah sunnah yang diajar oleh Rasulullah SAW, namun tidak ada hadith sahih yang menyatakan bahawa ganjaran ini akan didapati apabila anda bertasbih.

Kalau mengantuk, tidurlah, kalau lapar, makanlah dan kalau letih, berehatlah. Jangan memaksa diri untuk berzikir. Islam itu mudah dan memudahkan. Jangan pula menggoyangkan badan dengan ganas hanya kerana ingin menghilangkan rasa mengantuk.

Selamat berzikir !

SIAPA AKU?


Sheik9

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Puisi Cinta Palestine

Berikan aku sekeping kertas
Biar ku tulis dan ku garis
Sekuntum puisi sebuah cerita
Tentang tangisan anak-anak yang parah
Airmata si bonda yang penuh derita
Dan darah2 yang mengalir tumpah
Penuh sengketa
Di tanah bertuah
Bumi Palestine.

Hari ini..
Tercatat sudah
Luka kita bersama
Doa saorang saudara

Dan….
Pada sekeping kertas ini
ku coretkan tinta airmata kita
Tanda bersaudara
Buat tatapan dihari muka.

Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja


Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja!
Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja!Oleh : Ustaz Maszlee Malik


Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel 鏠inta anta dan anti?penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara oal cinta? Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel inta anta dan anti?ialah: pakah kesudahannya??atau pakah penyelesaiannya??Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.staz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!? antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.Akibat Kurang BercintaKetika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: 岞ereka kurang bercinta!? Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala oupling? Saya menegaskan bahawa memang oupling鎇ah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah 忛afsu?dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada elayan nafsu serakah?semata-mata.Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!Khitbah Bukan TunangSalah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, lah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!?Penulis menjawab: 廍iapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halalaitu bernikah!?Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. 岞ana ada duit!? 幞ak bagi anak orang makan apa?? 岞ak bapak tak kasi!? 幞ak tinggal di mana?? 岞ana ada kerja lagi!? 璌iri sendiri pun tidak terjaga!?dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja?㞠amu wajib berkhitbah!?Apakah 恾hitbah? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud 弎ertunang? Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud eparuh berkahwin? Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan 弌kad nikah?dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama 忛ikah gantung? Bukankah bunyinya amat mengerikan?Jika ditukarkan nama 忛ikah gantung?tersebut kepada 忛ikah khitbah?tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak slamik? Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.Khitbah di IPTJika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat na髽 bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.RisikoSeperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja!Oleh : Ustaz Maszlee MalikSelepas Majalah I sudi menerbitkan artikel 鏠inta anta dan anti?penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara oal cinta? Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel inta anta dan anti?ialah: pakah kesudahannya??atau pakah penyelesaiannya??Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.staz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!? antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.Akibat Kurang BercintaKetika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: 岞ereka kurang bercinta!? Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala oupling? Saya menegaskan bahawa memang oupling鎇ah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah 忛afsu?dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada elayan nafsu serakah?semata-mata.Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!Khitbah Bukan TunangSalah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, lah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!?Penulis menjawab: 廍iapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halalaitu bernikah!?Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. 岞ana ada duit!? 幞ak bagi anak orang makan apa?? 岞ak bapak tak kasi!? 幞ak tinggal di mana?? 岞ana ada kerja lagi!? 璌iri sendiri pun tidak terjaga!?dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja?㞠amu wajib berkhitbah!?Apakah 恾hitbah? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud 弎ertunang? Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud eparuh berkahwin? Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan 弌kad nikah?dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama 忛ikah gantung? Bukankah bunyinya amat mengerikan?Jika ditukarkan nama 忛ikah gantung?tersebut kepada 忛ikah khitbah?tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak slamik? Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.Khitbah di IPTJika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat na髽 bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.RisikoSeperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus (Majalah i Mei 2006)