Sunday, September 27, 2015

#SehatiSejiwa


Dalam entri kali ni, Zarseries cuma nak kongsikan video kreatif pelajar dan guru sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 yang lepas. Sambutan sangat meriah jika dibandingkan pada tahun lepas.

Oh ya, mungkin ni first entri tentang sekolah ni. Untuk tahu lebih lanjut tentang sekolah tempat zarseries mengajar, boleh tengok sini. Ini antara gambar pada sambutan tersebut.

Barisan kepimpinan pengawas mempersembahkan nyanyian lagu-lagu patriotik.

menyanyi bersama-sama

Pelajar-pelajar Ting. 1 Setiabudi

Walaupun berbeza warna, kami #sehatisejiwa

Inilah video yang bertajuk sehati sejiwa, dilakonkan oleh pelajar dan guru. Kredit buat MDIM and the gang untuk video kreatif ini.


Saturday, September 26, 2015

tiada tajuk

sebelum mata terlelap
kendurkan hati yang sentap

jika sudah terlelap mata
hati sentap terbelah dua

sebelum kata terungkap
lenturkan akal yang bengap

jika sudah terungkap kata
akal yang bengap tiada berdaya

Friday, September 25, 2015

Al Mundzir

Lepas check in di Ampang Puteri pada malam Hari Raya Korban.. rentetan dari cerita sebelum ni, Almundzir dah selesai menjalani pembedahan: "Elongation of Archilles tendon". Alhamdulillah, dia nampak tenang selepas pembedahan tapi masih dalam keadaan lemah.

Muntah-muntah kesan dari bius dan nampaknya dia terima keadaan kaki yang bersimen. Kalau tak ada apa-apa inshaAllah esok, Sabtu, Almundzir dah boleh balik rumah. Ini gambar selepas keluar dari OT.


Kat sini boleh baca maklumat ringkas tentang operation almundzir. Klik sini. Semoga Almundzir cepat sembuh dan ceria kembali.

Salam Aidiladha

Eid Mubarak untuk semua. Raya kali ini sambut kat KL aje. Alhamdulillah sempat solat raya di Masjid UIA walaupun terkejar2 menyiapkan adra dan almundzir.Ni semua gara- gara pegi redah uptown danau kota malam raya.

Di pagi raya, sempat jugak berselfie di hadapan bangunan IRKHS. Kat luar masjid penuh dengan foreigner. Feeling macam kat oversea dah.

Sebelah malam pulak,  terus ke ampang puteri bermalam di sana. Esok paginya almundzir akan menjalani pembedahan kakinya. Semoga semuanya berjalan lancar. Ameen.

Selamat Hari Raya Aidiladha sekali lagi dari Zarseries!

Thursday, September 17, 2015

L.A.R.I



Kau berlari
Ketika sakit tidak terperi
Ketika tiada ruang berdiri
Ketika kasih tidak bersemi

Kau berlari
Hidup melata di muka bumi
Hidup meraba cari simpati
Hidup merasa peluh sendiri

Kau berlari lagi
Jalan dituju entah kemana
Kata ditutur tidak bermakna
Sayang dihulur hilang serinya.

Biar berdiri dalam posisi
Jangan berlari dalam ilusi

* Jam 2208

Wednesday, September 16, 2015

Selamat Hari Malaysia : 16 September 2015


Perbezaan fahaman, agama, bangsa, tidak menjadi penghalang untuk kita tetap #sehati sejiwa

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Hari Malaysia.