MBPJ - Sang Penyu mempamirkan aksi yang bertenaga dilewat permainan untuk merampas 3 mata penuh daripada UPB/MyTeam.Glession Freire muncul wira Terengganu apabila menjaringkan 2 gol pada minit 83 dan 87 yang sama sekali mengamamkan pasukan UPB/MyTeam yang hanya menanti tiupan wisel penamat bagi memungut satu mata. Sebelum itu, UPB/MyTeam membuka tirai gol seawal minit ke 10 permainan.Gol yang berpunca daripada sepakan sudut itu dapat dijaringkan oleh pemain UPB/MyTeam setelah kelam kabut dalam kawasan kotak penalti Terengganu.Namun selang dua minit selepas itu, Terengganu dihadiahkan sepakan penalti setelah Glession Freire dijatuhkan dalam kotak penalti.Kapten pasukan dalam perlawanan semalam, Zairo Anuar Zalani tenang menyudahkan peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan.Kedua-dua mempamirkan permainan yang hambar.Tidak banyak gerakan menarik yang terhasil.
Mutu pengadilan yang lemah menyaksikan 6 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan kepada pemain-pemain Terengganu dan 1 kad kuning dilayangkan kepada pasukan UPB/MyTeam sedangkan kekasaran lebih banyak dilakukan oleh pemain UPB/MyTeam.
Kemasukkan Norhisham Hassan bagi mengantikan Jocian Bento seolah-olah memberi nafas baru dan kemasukkannya melancarkan gerakan tengah yang mana Zairo kembali mengemudikan gerakan-gerakan menarik sambil dibantu oleh Norhisham.Barulah Terengganu nampak berbahaya dalam menggerakkan jentera serangan memburu gol.
Gol kedua Terengganu terhasil apabila gerakan Abdul Manaf Mamat yang melorongkan bola kepada Glession tidak dipersiakan oleh pemain import Terengganu dari Brazil itu untuk menghukum penjaga gol kebangsaan Syed Adney Syed Hussin.Glession Freire terus mengganas dan memaksa Syed Adney sekali lagi mengutip bola dalam gawang sendiri apabila gerakan solonya menghasilkan gol ketiga Terengganu sekaligus gol kemenangan Sang Penyu.
Dengan kemenangan ini, Terengganu melonjak ke tangga kelima mengatasi Negeri Sembilan NAZA.
No comments:
Post a Comment