Sunday, August 30, 2009

"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.."

"....aku dah taknak.. aku dah taubat! " jerit ayin sambil air matanya jatuh ke pipi..

Suasana tenang waktu senja diisi jeritan ayin.. ayin kesal dengan perbuatannya dan tidak mahu mengulanginya lagi.. ayin bertaubat tak nak makan sambal belacan lagi.. pedas! tapi bila keesokan harinya.. sambal belacan ibunya sekali lagi menggoda ayin. Tanpa berfikir panjang..dia makan lagi.. begitulah kehidupan ayin dari kecil hingga besar.. betul dia dah taubat..tapi apa boleh buat.. sambal tu sedap!

ni la yang aku nak namakan taubat sambal! kita selalu lalui dalam kehidupan sehari2.. apabila kita atau kawan2 kita melakukan kesalahan.. antara ayat yang kita dapat dengar...

"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.."

tapi tak lama selepas itu..kita atau kawan2 kita tadi buat lagi benda yang sama...

1) hadi seorang pelajar yang malas ke kelas... banyak kelas dia ponteng. pada satu hari, hadi mendapat sepucuk surat dari lecturernya.. yang die tidak dibenarkan menduduki peperiksaan..
"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.." bisik hati hadi..
hadi rasa bersalah dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi..tapi satu sem kemudian, hadi masih malas ke kelas..dan mengulangi perbuatannya tadi..

2) zareeq menunggang motosikal ke ciber cafe berhampiran.. dalam perjalanan, dia disaman kerana tidak memakai helmet.. zareeq menyesal dan berkata..
"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.."
tapi keesokan harinya..zareeq ke cc tanpa memakai helmet lagi..

manusia sering menyesal selepas melakukan kesilapan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.. tapi apa yang berlaku, mereka terus melakukannya lagi.. dan lagi.. dan lagi.

sempena bulan yang mulia ni.. ramai yang beramal ibadah..memohon keampunan.. tapi janganlah "bertaubat di bulan Ramadhan, tapi buat di bulan depan!" biarlah kekesalan dan keazaman kita itu adalah taubat dengan erti kata yang sebenar.. bukan dalam istilah "taubat sambal!"

jadikan taubat kita taubat yang ikhlas, menyesali dengan benar2 penyesalan terhadap kesilapan dan berazam tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi..


p/s* lebih elok taubat sambal dari langsung tak bertaubat!

5 comments:

Anonymous said...

salam alaik akh
masya Allah
tu la insan
nama pon insan
lupaaaaa..

izni nor ali said...

moral: jgn makan sambal..
hahahaha...;p
makan la cendol...

xxAdmin said...

itulah lumrah manusia kerana manusia mudah lupa..
itu tanggunjawap kite sbgi muslim untuk ingat mengigati


Layan4u :)

Unknown said...

salam perjuangan...

itu bukan TAUBAT...

itu TAU BUAT...

haha...

Mustakim Ahmad said...

Salam, tuek. Ko lama lagi habs belajar?
Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri. kirim salam dekat kawan2 lain.