Friday, November 11, 2011

Penyakit Hati : Hasad

Orang yang hasad ialah orang yang mempunyai penyakit yang kronik. Mereka akan dengki dan marah kepada kamu kerana kelebihan yang kamu miliki.. kelebihan ilmu, akhlak, harta, kebahagiaan dan apa saja.

Pendek kata, manusia akan hasad pada orang yang di atas mereka. mereka tidak akan dengki pada orang yang di bawah mereka. Itulah sifat manusia.. mereka takkan sepak anjing yang dah mati. mereka akan sepak bila rasa terancam..

Bagi mereka..kamu ialah orang paling berdosa dan tiada peluang taubat. Mereka akan lakukan apa saja sehingga segala nikmat yang Allaah berikan hilang dari genggaman kamu..

janganlah terlalu risau terhadap orang begini..mereka hanya picisan. yang terpaksa mendongak untuk melihat kamu..jangan tunduk untuk menghiburkan mereka..teruskan hidup anda dengan nikmat yang telah Allaah berikan..

No comments: