Pernahkah Nabi menukar nama seseorang??
jawapannya?
YA..
apa?
YA...
ha???
YA! Nabi sallallaahu alaihi wasallam pernah menukar nama orang..
kenapa?
ha..itu yang kita tak tau.. tapi sebelum tu aku nak bagi tau 2 nama yang paling disukai Allaah.
yang pertama ialah Abdullaah.. cuba sebut.. ya betul, ABDULLAAH.
yang kedua ialah Abderrahmaan.. apa? ABDERRAHMAAN.
apa? spelling? ya.. saya ikut phonetic spelling..
ok sambung, kita juga digalakkan memberi nama dengan nama para nabi..contohnya Muhammad.. Ibraaheem.. some more?? yes, Moosa.. dan lain2.
berbalik kepada persoalan utama.. dan jawapan yang utama.
okay, kat sini aku jumpa dua cerita. yang pertama nabi menukar nama seorang perempuan. dan dia menerimanya. Manakala yang kedua, nabi menukar nama seorang lelaki. tetapi lelaki itu tak mahu menukar namanya..
- yang pertama dari Ibnu Abbaas. Ibnu Abbaas menceritakan bahawa Rasoolullaah pernah menukar nama seorang perempuan yang bernama 'Ashiyah (makna: perempuan yang ingkar). Lalu diberi nama Jameelah (makna: yang cantik/indah) oleh Nabi sallallaahu alaihi wasallam.
- yang kedua diceritakan oleh Said al Muasayyab. Dia berkata ayahnya Hazn (makna: sedih) berjumpa dengan Nabi sallallaahu alaihi wasallam. Lalu baginda bertanya, siapa nama kamu? Dia menjawab: Hazn. Lalu baginda berkata : Kamu adalah sahl (makna: mudah ). Namun Hazn berkata : Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku. Maka dengan itu berterusanlah kesedihan keluarganya.
ok quiz untuk hari ini..
1. pernahkah Nabi Muhammad menukar nama seseorang?
___________
2. pada pendapat anda, kenapa Nabi menukar nama-nama tersebut?
___________