...ZS suka untuk bawa satu kisah dimana seorang anak yang mencuri duit ayahnya buat kali pertama. Apabila ditanya dan disoal siasat, anak kecil yang masih belum matang akur dan berterus terang bahawa dia yang mencuri. Untuk berkata benar dalam situasi sebegini memang pahit. Ya pahit.
Tapi dengan kekuatan dan penuh kejujuran, anak kecil ini mengaku akan kesalahannya. Malangnya si ayah terus menghukum dan merotan anak kecil sebagai pengajaran kepadanya.
Apabila si anak melakukan kesalahan kali kedua. Sudah tentu anak ini tidak akan berkata benar lagi. Tidak sama sekali membiarkan dirinya dihukum mengikut nasfu amarah.
Pada ibu bapa, guru guru, majikan dan sesiapa sahaja.. hargai kejujuran anak anda, pelajar anda, pekerja anda... Islam melarang pembohongan dan Islam menggalakkan berlaku jujur.
Kadang-kadang kita merasakan kita cukup islamic,tapi kita lupa untuk menghargai kejujuran anak-anak kita, pelajar-pelajar kita, sehinggakan mereka tidak lagi mahu berlaku jujur dan bertanggungjawab atas kesalahan yang mereka lakukan..
No comments:
Post a Comment