Monday, November 14, 2011

Laa Tahzan (baca: don't be sad)


sebuah buku tulisan Aidh al-Qarni.
buku ini bukan sekadar kandungannya yang hebat,
tapi juga dari segi bahasa..wah, sungguh indah!

sebelum ini ZarSeries pernah membaca terjemahannya..
bahasa melayu..hebat!
tapi sekarang, membaca buku ini buat kali kedua..
dalam bahasa arab.. kelazatannya berbeza!
ia lebih indah!

Aidh al-Qarni yang dulunya saya sangka dia hebat..
rupa-rupanya tidak, dia lebih hebat!
Semoga Allaah merahmati beliau..

tiada apa yang nak saya katakan..
melainkan kagum, indah, dan hebat,

ini baru membaca tulisan insan, La Tahzan,
bayangkan bila baca kata-kata Tuhan, Al-Qur-aan!

Subhaanallaah~

* bacalah buku yang boleh tingkatkan motivasi dan prestasi anda..
selamat membaca!

Friday, November 11, 2011

Penyakit Hati : Hasad

Orang yang hasad ialah orang yang mempunyai penyakit yang kronik. Mereka akan dengki dan marah kepada kamu kerana kelebihan yang kamu miliki.. kelebihan ilmu, akhlak, harta, kebahagiaan dan apa saja.

Pendek kata, manusia akan hasad pada orang yang di atas mereka. mereka tidak akan dengki pada orang yang di bawah mereka. Itulah sifat manusia.. mereka takkan sepak anjing yang dah mati. mereka akan sepak bila rasa terancam..

Bagi mereka..kamu ialah orang paling berdosa dan tiada peluang taubat. Mereka akan lakukan apa saja sehingga segala nikmat yang Allaah berikan hilang dari genggaman kamu..

janganlah terlalu risau terhadap orang begini..mereka hanya picisan. yang terpaksa mendongak untuk melihat kamu..jangan tunduk untuk menghiburkan mereka..teruskan hidup anda dengan nikmat yang telah Allaah berikan..

Thursday, November 10, 2011

" we don't even know what we don't know "


loya betul bila orang cakap lebat..
ah..setakat nak tunjuk hebat..
tengok gaya berlagak smart..
tapi haprak, habuk pun tarak..


" we don't even know what we don't know,
and yet we pride ourselves in the very little things we know "

teka teki suka suki -
" dalam banyak banyak warna, warna ape yang takde kat dunia? "

Exam week... fight ooohh oh!


" life is full of tests.. The most important test is that against the Satan. Never forget that!"

Friday, August 26, 2011

'Eid Mubaarak G.V !

Salaam alaykum.

Selamat bercuti and 'Eid Mubaarak kepada warga Greenview Islamic School.

Director and Principle : Mr and Mrs Azmaan.

School Administrators : Ms Salwaani and Mr Afizi Taipan, and Ummi jugak..

Teachers : Ms Mutmainnah, Ms Nadia, Ms Farhah, Mrs Jaleela, Ms Khadeejah, Mrs Adeebah, Ms Anis, Mrs Rahaayu.

all student of Greenview Islamic School.

Aqoolu lakum Eid Mubaarak,
adik-adik, abang dan kakak,
and wish each other good luck,
minta ampun ayah dan mak

Eid is fun and great!
ketupat rendang biskut dan kek..
it is time to celebrate..
bizziaarah min baitee ilaa baitek

* masjid negara 1134am

Monday, August 8, 2011

permainan hidup: siapa menang?


kalah atau menang
banyak strategi untuk dijulang
alang alang bukan kepalang
akan ditangkis siapa mendatang

kecil kecil bermain api
silap silap memakan diri
lihat kanan lihat kiri
lihat juga lawan menanti

jangan terlalu ikutkan hati
sekali terkena merana diri
terdiam terjatuh terduduk sendiri
merintih hujan menunggu pelangi

bermacam cara serta angkara
gah bicara sang juara
permainan dunia tak ke mana
ketentuan Allah jangan dilupa..


Monday, August 1, 2011

Esokku Kini...


harapkan..
esokku bersinar terang
menghapus kelam malam..

harapkan..
esokku bersama kejayaan
diiringi sejuta senyuman

menuju destinasi
percaya pada diri
mengorak hati melangkah kaki
satu langkah seribu erti..

oh..ku ingin terbang..
menggapai bintang
segala rintangan tiada penghalang

biarpun tinggi
ku terus mendaki
onak dan duri membuatku lebih berani

harapan bersemi
kejayaan dinanti
kerna ku percaya
esokku kini..