Sunday, August 31, 2008

Coming Soon.......


ANNUAL GENERAL MEETING
2008
ARABIC LANGUAGE & LITERATURE ASSOCIATION

Wednesday, August 20, 2008

aku, bukan, cinta..

aku bukan cinta..
yang bisa kau peroleh secara percuma.
yang bisa kau dapati merata rata..
kerna aku adalah cinta..
yang punyai harga nilainya.

aku bukan cinta..
yang tunduk pada si dia..
yang buta mata dan telinga..
kerna aku adalah cinta..
yang sedar hakikatnya.

bukan cinta aku..
ku tuju pada dirimu..
yang selama ini ku tunggu.
kerana kamu..
bukan milikku..

bukan aku cinta..
hanya kamu semata..
aku cinta pada yang esa..
pada ibu bapa..
serta sahabat sahaya..
dan bukan aku cinta..
cinta yang dipaksa

cinta aku bukan..
seperti alat permainan..
bila perlu kau simpan..
bila benci kau campakkan..
kerna cinta aku bukan..
untukmu wahai teman.

cinta bukan aku..
itulah yang kau perlu..
lupakan kisah lalu..
sekadar mana kau mampu..
kerna cintai bukan aku..
kau mulakan hidup baru.

Tuesday, August 19, 2008

jejak menara gading: SMKSR!


aku dan mereka..


aku, syikin dan adik2nya (sindrom anak kedua) haha...

SMKSR di IIUM..


they are smart!!


sape yang tak gembira..
bila junior dari sekolah melawat university..
tempat kita belajar.
kan?

pada 16 &17 ogos yang lalu..
smk simpang rengam datang melawat uia..
perasaan saya.. mestila teruja!
junior2 kan..
cikgu2 pun ada skali..
cikgu rosli dan cikgu wan..

moga kedatangan pelajar2 tingkatan 3&5 ini..
menjadi batu loncatan kepada mereka..
untuk lebih bersemangat..
untuk lebih gigih..
bagi menghadapi pmr dan spm..
tak lama lagi..

terima kasih juga buat fasi2..
dari arabic language and literature associations (ALA)!
nak jugak korang layan bebudak sekolah aku kan..
haha..
ape pun.. thank you so much!!

buat 40 pelajar smksr tu..
simpan kenangan ini..
best of luck for pmr and spm!
maat taufiq wan najah!

Monday, August 18, 2008

gambar2 arabic week08


cultural night
* stil remember her*


cultural night

forum

book fair

Arabic Week 08..

Arabic Language & Literature Association (ALA)..

pada 11 - 17ogos yang lalu..
ALA telah adakan satu program yang dinamakan..
Arabic Week!

banyak program2 yang telah dijalankan..
antaranya:
forum.. mock debate.. arabic video show..cultural night..book fair..
sharing moment.. ALA family day ( bersama pelajar2 smk simpang rengam)..
dan closing ceremony..

program ni telah menuntut juhud yang tinggi dari setiap pelajar..
dan alhamdulillah, program selama 1minggu ni berjalan lancar..

tahniah juga buat semua komiti arabic week.
terutamanya semua komiti special task bg setiap sub program..
juga semua komiti arabic video show..
terima kasih saya ucapkan!

Tuesday, August 12, 2008

sharodz special!

firstly..
khas buat RUFAIDHAH!

seorang jururawat islam.

yang tiba2 muncul di SMKA Sharifah Rodhiah..
hahaha...

semoga semangat RUFAIDHAH sentiasa bersama kamu semua..

yang berazam..

untuk merawat kesalahan2 didalam bahasa arab!

Abg..juga mewakili kak ekin..
memohon maaf..kalau2 ada melakukan salah dan silap..
kalau ada yang berkecil hati..
kalau ada yang tak puas hati..
selama 2 hari dalam program ni..
umumnya buat f4
khasnya buat rufaidhah.

juga ribuan terima kasih..
kerana sama2 berkongsi pengalaman..
kita sama2 belajar..
untuk ke arah yang lebih baik.
tak gitu?

terima kasih jugak tuk respon2 yang diberikan..
yang ditujukan kepada fasi2 dari uiam..

tapi tak adil kan?
fasi2 dapat tau respon dari adik2 sharodz..
adik2 sharodz tak dapat dengar luah hati kami tuk program ni..
haha..padan muke!

lastly..
kesimpulannya:
sharifah rodhiah... kelakar dan sempoi jugak.
sharifah rodhiah... menyanyi sedap..
sharifah rodhiah... ada matlamat..
sharifah rodhiah... ber'jiwa mantap'!!!