Friday, October 31, 2008

Umur para sahabat ketika kewafatan Rasulullah saw

خير الناس قرني ، ثم الذين يلونهم ، ثم الذين يلونهم
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada kurunku, kemudian kurun berikutnya, kemudian kurun berikutnya. ( zaman Nabi saw, tabi'in, dan tabi' tabi'in )
Periwayat: Abdullah ibn Mas'ud
dikeluarkan oleh Bukhari
buku Jami' Sahih, hadis no 3651.
Sahabat ialah sebaik-baik manusia setelah Rasulullah saw. Sahabat ditakrifkan sebagai orang yang berjumpa Rasulullah saw, beriman kepadanya, kemudian mati dalam keadaan Islam.
Sebagai muslim, pernahkah kita terfikir untuk mengenali siapakah sahabat-sahabat Rasulullah saw? mereka yang bersama-sama Rasulullah saw berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini sehingga kita dapat merasakan betapa nikmat hidup dibawah naungan Islam.

Melalui sahabat juga kita dapat mengenali Rasulullah saw baik perbuatan, perkataan, dan sifat-sifat Rasulullah saw. Kerana mereka sentiasa mendampingi Rasulullah saw dalam keadaan senang mahupun susah. Mereka berusaha mengamalkan Sunnah Rasulullah saw dan meriwayatkannya kepada generasi yang seterusnya sehingga menjadi panduan kepada generasi umat Islam seluruhnya.

Kisah para sahabat seharusnya diketahui oleh seorang muslim sebagai tanda kecintaannya terhadap Rasulullah saw. Berdasarkan pada kata-kata: " Ilmu adalah harta orang Islam yang telah lama hilang, maka ambillah ia di manapun kamu menjumpainya", penulis cuba menyingkap hakikat secebis ilmu yang telah lama terpendam untuk dikongsi bersama. Mudah- mudahan segala usaha yang tak seberapa ini menjadi bukti kecintaan saya terhadap sahabat dan menjadi saksi dihadapan Allah di hari kemudian.

Umur para sahabat ketika kewafatan Rasulullah saw.
Seperti yang kita ketahui Rasulullah saw wafat pada 632M bersamaan 11H.
Umur baginda saw pada ketika itu ialah 63 tahun.
Aisyah : 20thn
Fatimah az-Zahrah : 23 thn
Abu Bakr : 61 thn
Umar al-Khattab : 53 thn
Uthman b Affan : 55 thn
Ali b Abi Talib : 34/35 thn
Abu Hurairah : 36 thn
Abdullah b Abbas (ibn Abbas) : 16 thn
Ibnu Umar : 20 thn
Abu Said al-khudri : 21 thn
Jabir b Abdullah : 26 thn
Bilal b Rabah : 52-56 thn
Khalid al-Walid : 42 thn
Anas b Malik : 22 thn
Saad b Abi Waqqas : 50 thn
Abu Aswad Ad-Duali : 31 thn
Abdullah b Zubayr : 10 thn
Ammar b Yasir : 64 thn
Muawiyah b Abi Sufian : 32 thn
Amr b al-‘Aas : 51 thn

Friday, October 24, 2008

dia mahu..aku mahu.. kamu bagaimana?

dalam perjalanan dari blog ke blog..
aku takkan lupa untuk singgah kat blog ini..

saje nak share dgn kamu semua..
menarik!
sekiranya kamu mahu berfikir.
tengok sini..

Thursday, October 23, 2008

ad-daraqutni ATAU ad-daruqutni?

seperti yang pernah saya tulis..
tentang sedikit biodata imam ad-daraqutni (385H)..
klik sini

sesetengah orang menggelarkannya dengan ad-daruquthni..
ada yang menggelarkannya ad-daraquthni.

cuma terdapat sedikit perbezaan pada huruf 'ra'
ada yang dhommah..ada yang fathah..

tetapi.. gelaran yang lebih tepat ialah 'ad-daraquthni'. seperti yang dijelaskan didalam kitab ilal ad-daraqutni.

الدارقطني: بفتح الدال وبعد الالف راء مفتوحة، ثم قاف مضمومة، وبعدها طاء مهملة ساكنة، ثم نون، هذه نسبة إلى دار قطن وكانت محلة كبيرة ببغداد.

;-)

Wednesday, October 22, 2008

siapa tuan kecik?

dah lama tak update blog ni...
ini baru nak mula sentuh sikit-sikit..
(padahal sibuk dengan exam..)

straight to the point..
post ni sebenarnya khas buat 'tuan kecik'
aku pun tak tahu siapa dia sebenarnya..

saya ingin ucapkan terima kasih..
kerana bagi kad raya hari tu..
(tu la satu2nya kad raya yang aku dapat tahun ni..huhu..)
terharu...terharu...

emm...ok lah..
moga2 tuan kecik terbaca post ni...
sekali lagi, tuan besar ingin ucapkan terima kasih buat tuan kecik..

sepi sepertiku..

masa aku tengah beli mix kat cafe..

terjumpa pulak mamat sorang ni..

biasa la kalau jumpa dia..topik 1st yang kitorang sembang...bola!

walaupun aku tau dia ni belum baik injured.. layan je la..

ambik hati kata orang..huhu...

tiba2 dengan lasernya...dia tanya aku..

"ZAr, ape cite sekarang? dengar cerita janda kau diambil orang?"

ZAr: bla..bla..bla.....

dan mamat ni cadangkan aku tengok cerita SEPI.. best katanya..

malam tu jugak aku layan...

huhu... boleh la layan cerita macam tu...

sementara tengah sepi ni kan..hehe..

tapi part yang paling best... time puisi dia..

" bisikku pada bulan..

kembalikan temanku.. kekasihku..syurgaku...

tanpa dia.. malam menemaniku..

sepi memelukku..

bulan..jangan biar siang..

biar alam ini kelam..

biarkan ia sepi..

sepi sepertiku...."

..hehe...jiwang2... try ar tengok.. =p