Friday, October 31, 2008

Umur para sahabat ketika kewafatan Rasulullah saw

خير الناس قرني ، ثم الذين يلونهم ، ثم الذين يلونهم
Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada kurunku, kemudian kurun berikutnya, kemudian kurun berikutnya. ( zaman Nabi saw, tabi'in, dan tabi' tabi'in )
Periwayat: Abdullah ibn Mas'ud
dikeluarkan oleh Bukhari
buku Jami' Sahih, hadis no 3651.
Sahabat ialah sebaik-baik manusia setelah Rasulullah saw. Sahabat ditakrifkan sebagai orang yang berjumpa Rasulullah saw, beriman kepadanya, kemudian mati dalam keadaan Islam.
Sebagai muslim, pernahkah kita terfikir untuk mengenali siapakah sahabat-sahabat Rasulullah saw? mereka yang bersama-sama Rasulullah saw berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini sehingga kita dapat merasakan betapa nikmat hidup dibawah naungan Islam.

Melalui sahabat juga kita dapat mengenali Rasulullah saw baik perbuatan, perkataan, dan sifat-sifat Rasulullah saw. Kerana mereka sentiasa mendampingi Rasulullah saw dalam keadaan senang mahupun susah. Mereka berusaha mengamalkan Sunnah Rasulullah saw dan meriwayatkannya kepada generasi yang seterusnya sehingga menjadi panduan kepada generasi umat Islam seluruhnya.

Kisah para sahabat seharusnya diketahui oleh seorang muslim sebagai tanda kecintaannya terhadap Rasulullah saw. Berdasarkan pada kata-kata: " Ilmu adalah harta orang Islam yang telah lama hilang, maka ambillah ia di manapun kamu menjumpainya", penulis cuba menyingkap hakikat secebis ilmu yang telah lama terpendam untuk dikongsi bersama. Mudah- mudahan segala usaha yang tak seberapa ini menjadi bukti kecintaan saya terhadap sahabat dan menjadi saksi dihadapan Allah di hari kemudian.

Umur para sahabat ketika kewafatan Rasulullah saw.
Seperti yang kita ketahui Rasulullah saw wafat pada 632M bersamaan 11H.
Umur baginda saw pada ketika itu ialah 63 tahun.
Aisyah : 20thn
Fatimah az-Zahrah : 23 thn
Abu Bakr : 61 thn
Umar al-Khattab : 53 thn
Uthman b Affan : 55 thn
Ali b Abi Talib : 34/35 thn
Abu Hurairah : 36 thn
Abdullah b Abbas (ibn Abbas) : 16 thn
Ibnu Umar : 20 thn
Abu Said al-khudri : 21 thn
Jabir b Abdullah : 26 thn
Bilal b Rabah : 52-56 thn
Khalid al-Walid : 42 thn
Anas b Malik : 22 thn
Saad b Abi Waqqas : 50 thn
Abu Aswad Ad-Duali : 31 thn
Abdullah b Zubayr : 10 thn
Ammar b Yasir : 64 thn
Muawiyah b Abi Sufian : 32 thn
Amr b al-‘Aas : 51 thn

16 comments:

Asyima Binti Dollah said...

umur aisyah 20thn ketika Nabi wafat..
ermm..sebaya sy;-)

zarseries said...

awak sebaya ngan aisyah r.a..
saya sebaya dengan abu said al-khudri..

mereka tergolong daripada orang yang paling banyak meriwayatkan hadith dari nabi saw.

Anonymous said...

"Sahabat ditakrifkan sebagai orang yang berjumpa Rasulullah saw, beriman kepadanya, kemudian mati dalam keadaan Islam."

Hang amek kat mana nih? Takrif hang sendiri ka? Kalau tak, kene lah nyatakan ambil dari mana? Jangan lah segan nak kasi tau hang amek orang punye pendapat..

apa pun, usaha yang bagus...

teruskan...

zarseries said...

sebenarnya kajian ni dah siap dalam seminggu jugak la..

tapi muqaddimahnya aku baru buat...

n time aku wat muqaddimah..takde rujuk mana2 kitab pun..
cuma ada member kat sebelah sorang..
tolong 'topup'..

yang takrif tu pun berdasarkan ape yang aku hafal zaman berzaman..

so aku kene tulis aku amik dari mana?

" aku amik dari hafalan aku la.."

atau pun aku kene cari balik kat kitab2 sape yang cakap?

lagi satu.. takrif ni maklum..
semua orang tau..
jadi..takde masalah..

contoh..
kalau orang tanya ape tu hadis sahih?
aku juz jawab..hadis yang diyakini datang dari nabi saw.
dalam hal ni.. perlu ke aku cakap dari mana aku amik?
tentulah dari pemahaman aku sendiri..

Anonymous said...

penulisan tak sama dengan percakapan.

patut student UIAM lagi bijak bila buat penulisan akademik, bukan macam budak-budak UDM kampus KUSZA ni yang duduk kat hulu Malaysia, jauh terpinggir lagi tak dikenali

zarseries said...

jawapan tadi tu aku balas dengan penulisan la..
bukan percakapan..

ko jangan merendah diri sangat..
huhu...
sebab bijak aku tak tulis...

ko kene paham..
pembaca blog ni bukan semua dari ahli akademik..

jadi aku cuma tulis ape yang penting je..

post kat blog ni.. bukanlah se 'ilmiah' yang kau sangka..

kalau aku nak hantar kat lecturer ke..
nak buat buku ke..
method die lain pulak..

budak u kene bijak! huhu...

Anonymous said...

saya rasa mcm ada masalah skitlah tentang kematian ammar b yasir.
tp bila dh cheak dlm asad al-ghayah n tabaqat al-kubra n tahzib kamal betullah masa Rasulullah meninggal umur dia 65 sbb dia mati dibunuh tahun 37 hijrah masa perang siffin.Time 2 umur dia 93.Jadi nabi wafat umur dia lebih kurang 65.
Bagus artikel ini memaksa saya check semula.thanks

Anonymous said...

tu pasal aku cakap aku kene tarik balik kata-kata aku nih...!

p/s : bukan rendah diri, tapi memang kenyataan pun....

zarseries said...

to salman

kajian ni taklah begitu mendalam sangat sebenarnya..

saya mengalu-alukan sekiranya ada pendapat2 lain..
ke arah hasil yang lebih tepat.

to the ultraman

ilmiahnya artikel itu bukan semata2 kerana notakaki..

alitantawi said...

ni dah hantar kat saya dalam e mail ke? atau yg hantar tu lain?

zarseries said...

to alitantawi

ini yang lain..
yang saya email kat ustaz tu cuma umur para sahabat je..

tak ada muqaddimah..

alitantawi said...

tolong hantar yang ni. ni lebih baik. cuma masukkan senarai rujukan.

Anonymous said...

rasa umur khalid ibnu walid mungkin agak tak brape tepat kalau diperkira hampir2 umur saidina umar al khattab..kerana mereka berdua sepupu dan kawan baik...cuba periksa balik

Di balik Jendela said...

Sumbernya darimana kah itu?? Mohon balas coment saya ya

zarseries said...

Saya sudah lupa sumbernya.. boleh semak semula didalam kitab2 jarh wa ta'dil.. dan juga kitab2 sirah

zarseries said...

Saya sudah lupa sumbernya.. boleh semak semula didalam kitab2 jarh wa ta'dil.. dan juga kitab2 sirah