Saturday, November 29, 2008

Royal Debate 2008



The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship 2008

Tuesday, November 18, 2008

7 sahabat yang paling banyak riwayatkan hadith.

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah mentakrifkan sahabat sebagai

"Ash-Shahabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam”

Di dalam ilmu rijal hadith, sahabat Nabi s.a.w semuanya diiktiraf sebagai thiqah (dipercayai). Secara tidak langsung, sahabat adalah antara golongan pertama yang menerima hadith dari Nabi s.a.w secara terus dan meriwayatkannya kepada generasi seterusnya iaitu tabiin.

Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit maklumat tentang perawi/sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith Nabi s.a.w. Didalam buku Tadrib ar-Rawi fi Syarh Taqrib an-Nawawi karya Imam As-Suyuti (911H), disebutkan 7 orang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith:

1) Abu Hurairah r.a

Beliau meriwayatkan 5374 hadith. Abu Hurairah seorang perawi hadith yang terkenal dan antara sahabat yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Sebanyak 325 hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah disepakati oleh Imam Bukhari (256H) dan Imam Muslim (261H). Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith dan Imam Muslim 189 hadith.

2) Ibnu Umar r.a

Beliau meriwayatkan 2630 hadith, iaitu kedua terbanyak selepas Abu Hurairah. Ibnu Umar atau nama sebenarnya Abdullah bin Umar adalah anak kepada Khalifah yang kedua iaitu Umar bin al-Khattab. Ibnu Umar adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Antara periwayat di kalangan tabiin yang paling banyak mengambil hadith daripadanya ialah Salim dan Nafi’.

3) Anas bin Malik r.a

Anas bin Malik r.a telah meriwayatkan 2286 hadith Nabi saw. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaym. Sebanyak 168 hadith yang dari Anas bin Malik diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

4) Aisyah r.a

Aisyah r.a, isteri Rasulullah saw yang digelar Ummul Mu’minin. Aisyah r.a telah meriwayatkan sebanyak 2210 hadith.

5) Ibnu Abbas r.a

Ibnu Abbas atau Abdullah bin Abbas telah meriwayatkan sebanyak 1660 hadith. Ketika Rasulullah saw wafat, Ibnu Abbas berumur 16 tahun. Rasulullah saw pernah mendoakan beliau agar diberi pemahaman terhadap Al-Quran. Banyak riwayat tentang tafsir diambil dari Ibnu Abbas, selain daripada Ibnu Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab. Antara murid-murid beliau yang yang terkenal di Mekah ialah Sa'id bin Jubair, Mujahid, 'Ikrimah bekas sahaya ( maula ) Ibnu Abbas, Tawus bin Kisan al-Yamani dan 'Ata' bin Abu Rabah.

6) Jabir bin Abdullah r.a

Jabir bin Abdullah r.a adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tinggal di Madinah dan wafat pada 78H ketika umurnya 94 tahun. Tercatat sebanyak 1540 hadith yang telah diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a.

7) Abu Sa’id al-Khudri r.a

Abu Sa’id al-Khudri adalah orang ketujuh paling banyak meriwayatkan hadith Rasulullah saw. Beliau telah meriwayatkan 1170 hadith. Nama sebenar beliau ialah Sa’ad bin Malik bin Sinan. Antara orang-orang yang banyak mengambil hadith daripadanya ialah anaknya sendiri Aburahman, isterinya Zainab bin Ka’ab bin Ajrad, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abu Thufail, Nafi’ dan Ikrimah.

Sunday, November 16, 2008

blog review: hafizdasar.com (manhaj ilmu)

mula2 tu nak komen kat hafizdasar.com je..
tapi macam panjang pulak..
sebab tu saya letak komen ni dekat ZAr Siries.
semuanya gara-gara artikel:
manhaj ilmu: Diantara Salaf haqiqi dan salaf celuk

saya bersetuju dengan artikel ini..
kita bukan mahukan orang mewar-warkan dirinya berpegang dengan manhaj salaf..tetapi perlakuan langsung tak melambangkan berpegang pada manhaj salaf..

satu contoh yang jelas yang saya lihat..
(dalam bidang hadith)

mereka yang kononnya bermanhaj 'salaf' seringkali bergantung pada Albani (contohnya) dalam penilaian hadith! walhal Albani adalah seorang muhaddith moden! (begitu juga dengan muhaddith moden yang lain seperti abdul fattah abu ghuddah, syuaib al-arnouth dll..)

lebih menyedihkan..
apabila pandangan ulama2 salaf langsung tidak diambil kira.
contohnya.. kita biasa temui dalam buku2..

( " hadith diriwayatkan oleh Tirmizi, disahihkan oleh Albani" ) -contoh.

-kita dapat lihat mereka 'skip' pandangan IMAM TIRMIZI dalam penilaian hadith!

-apakah IMAM TIRMIZI hanyalah periwayat dan bukan pakar dalam bidang hadith?!

-apakah kita meletakkan muhaddith moden lebih hebat dari muhaddith silam??

# dan apakah kita mendahulukan pandangan selain salaf diatas pandangan salaf??

untuk mendapat gambaran tentang manhaj mutaqaddimin dan manhaj mutaakhirin dalam bidang hadith..

boleh mulakan dengan baca buku yang simple seperti
"nazarat jadidah fi ulum hadith" dan
"alMuwazanah bainal Mutaqaddimin wal Mutaakhirin"
karya dr.hamzah al-Malibari.

selamat membaca!

Friday, November 7, 2008

Kenali Sejarah Ulama Silam, Hargai Sumbangan Mereka Untuk Islam#2

mungkin tajuk ni tak kena dengan inti post ni..

Alhamdulillah..

dapat juga saya pergi kuliah ust adlan ni..

mula2 tu agak risau sebab hujan lebat..

at last sampai jugak kat IIS dengan lubayb walaupun lambat..

sebenarnya saya seronok menghadiri kuliah malam tadi sebab:

1) dapat ikuti kuliah ustaz yang dah lama tak pergi..
2) dapat jumpa ustaz sendiri..( rindu.hehe... rindu jugak kat guru2 dan rakan2 sekolah yang lain)

cuma tetiba saya teringat satu kenangan best masa kat sekolah dulu..

time f4 kot.. belajar hadis dengan geng2 dulu..
(geng: mus, pejal, zaid, midi, mcdoo, naz, dll..)

tiap2 hujung minggu..

alangkah bestnya sekiranya dapat kumpul balik dan sama-sama belajar dengan ustaz adlan.

at least masih berbincang walaupun jauh..

kadang2 semangat datang.. tapi semangat tahi ayam..

geng tu perlu untuk ingat mengingatkan..

hOi!! (baca dengan nada dan suara ust adlan!)

geng, mana kamu???

Tuesday, November 4, 2008

Kenali Sejarah Ulama Silam, Hargai Sumbangan Mereka Untuk Islam

Kembara Ahli Hadith Silam - Satu Penelitian Ilmiah

Tarikh:6 November 2008 (Khamis)

Masa:8.00 malam



Bertempat di Islamic Info And Services (IIS), Tingkat 5 (atas Saba Islamic Media), Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa.

....Kita akan melihat dengan lebih dekat realiti sebenar 'Kembara Ahli Hadith Silam' dengan menumpukan kepada :

1- Bagaimana ia dilakukan,

2 - Kenapa ia dilakukan,

3- Faedah dan manfaat ilmiah,

4- Kepentingan aspek ini dalam kajian hadith moden.

marilah kita sama-sama mengambil manfaat daripadanya.

saya menjangkakan bahawa ini adalah salah satu daripada siri "Manhaj Mutaqaddimin"

yang menjadi aspek penting dalam kajian hadith moden! tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang tentangnya..

kredit saya berikan buat ust adlan abd aziz..hafizahullah!

yang memperkenalkan ilmu hadith kepada saya secara mendalam..

sejak di alam persekolahan sehingga kini.

semoga Allah memberkati beliau..

"Kenali Sejarah Ulama Silam, Hargai Sumbangan Mereka Untuk Islam"