Tuesday, June 29, 2010

world cup kanak-kanak..




teringat waktu praktikal..

main bola petang2 dengan pelajar form 2..
antara perbualan mereka:

" pass aku! " " bawak dulu..bawak dulu " " tengok la orang! " " jangan tamak.."
kemudian..

" cepat wei..cross tengah! cross! cross!! "

lalu dijawab..
" cross tu ape?? "

Thursday, June 24, 2010

Fikrah : Antara Dua Darjat

إن الله يبعث لهذه الامة على رأس كلّ مائة سنة من يجدد لها دينها

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan seseorang kepada Umat bagi setiap permulaan 100 tahun yang akan (Tajdid) mengembali kegemilangan Agama mereka"


(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud)



Secara ringkas dapat difahami bahawa Allah akan menghantar mujaddid bagi setiap kurun untuk membersihkan agama ini daripada unsur-unsur bid’ah dan khurafat. Antara lain yang dapat kita fahami dalam hadith di atas ialah satu kitaran dimana agama islam akan berada pada satu keadaan yang umatnya dikelilingi perkara-perkara yang salah, dikelilingi fitnah, dan dikelilingi bid’ah. Pada satu ketika yang lain, dengan janji Nabi s.a.w (kebangkitan mujaddid )didalam hadith ini agama islam akan berada pada satu landasan yang mana umatnya kembali pada al-Quran dan Sunnah.



Dua keadaan berbeza dalam setiap 100 tahun. Perkara kedua yang dapat kita faham ialah masalah fitnah, bid’ah, khurafat, serta unsur-unsur yang merosakkan agama ini akan berulang. Sekiranya tidak, masakan Nabi saw menjanjikan akan ada mujaddid bagi setiap 100 tahun?



Bagi situasi yang pertama iaitu agama islam akan kembali kepada al-Quran dan Sunnah, kita mempunyai dua pilihan. Pertamanya, menjadi seorang Mujaddid. Sekiranya tidak mampu sekurang-kurangnya menyokong kearah gerakan tajdid ini, membersihkan agama daripada unsur-unsur yang merosakkannya. Pilihan kedua, sekiranya anda tidak ingin tergolong dalam golongan yang memperbaharui agama ini, tidak mengapa, orang lain akan melakukannya. Ini janji Nabi saw.



Tetapi janganlah sampai kita membuat pilihan ketiga: iaitu menjadi golongan yang menyokong atau pro kearah situasi kedua. Situasi dimana umat islam kembali kepada kepada fitnah, kembali kepada bid’ah. Dimana yang tua terus tua dalam keadaan fitnah dan bid’ah, yang kecil pula membesar dalam keadaan fitnah dan bid’ah.



Golongan yang ingin kembali kepada al-quran dan Sunnah berpegang ketat kepada nas al-quran dan hadith. Maka tampillah golongan yang berslogankan “lebih terbuka” ini membenarkan contohnya amalan-amalan walaupun bersandarkan kepada nas yang lemah bahkan palsu. Mungkin kerana ingin ‘menjaga hati’ masyarakat, ataupun dengan alasan ‘jangan halang orang nak buat baik’. Ya benar, ulama silam berinteraksi dengan hadith yang lemah dengan syarat-syaratnya ( ulama berbeza pandapat akan hal ini ). Tetapi kesannya dapat dilihat pada generasi seterusnya dan seterusnya. Apa yang akan berlaku, amalan yang dibenarkan tadi diamalkan oleh generasi seterusnya, tetapi yang malangnya, sandaran yang lemah itu tidak dihighlightkan. Maka yang diterima hanyalah ia dibenarkan dan dibenarkan. Amalan ini akan terus diwariskan ke generasi seterusnya, lebih malang lagi, dengan tidak mengetahui asal usulnya sekadar mengetahui ia dibenarkan dan diamalkan, generasi akan datang akan menganggap inilah Sunnah. Sedikit demi sedikit islam akan diliputi oleh unsur-unsur yang merosakkan.Umat islam akan sekali lagi dikelilingi oleh fitnah dan bid’ah. Tiada apa yang dapat dibuka dengan “lebih terbuka” melainkan membuka pintu kesesatan. Di permulaan 100 tahun
seterusnya, akan ada seseorang yang akan mentajdidkan agamanya. Begitulah kitarannya.

Bagaimana dengan anda?

Menjadi golongan yang mengembalikan kegemilangan?
atau
mengembalikan kesesatan??



pilihan dihati anda!

Friday, June 11, 2010

praktikal'



" cara yang paling berkesan untuk menambah ilmu adalah mengajarkannya kepada orang lain!
"

yes.. inilah kesimpulan yang aku dapat selama berpraktikal lebih kurang hampir 3bulan di Madrasah Idrisiah (madid)..

walaupun ia satu jangka masa yang sangat pendek.. alhamdulillah ia memberi manfaat yang sangat besar pada aku. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga madid..

insyaAllah aku akan menamatkan praktikal pada 26hb jun ini..kembali untuk meneruskan pengajian semester akhir di uia.

akhir sekali..aku teringat kata-kata Imam Bukhari yang meninggal pada 256H. Beliau berkata kepada Imam Tirmizi ( 279H ), yang pernah berguru dengannya. Kata Imam Bukhari kepada muridnya itu:

" aku mendapat manfaat dari engkau lebih banyak daripada manfaat yang engkau dapat dari aku.."

-kata kata imam bukhari yang dinaqalkan oleh ust adlan didalam kuliahnya 'kritikan tirmizi'

Tuesday, June 8, 2010

'status'

lain orang lain rupa..lain orang lain caranya. macam tu jugak dalam konteks memotivasikan diri. yang pastinya motivasi kendiri lahir dari individu itu sendiri..

apabila seseorang itu rebah.. tak mampu mengawal diri dan tak mempunyai motivasi diri untuk bangun kembali, dia akan terus tersungkur.

entri kali ni cuma untuk mengumpulkan quotes yang telah pernah digunakan untuk 'status' di facebook: tuan azhar..supaya
1) ia tidak ditelan oleh 'status' yang baru..
2) sentiasa memberi semangat dan motivasi pada diri ni khususnya..
3) himpunan untuk sesiapa sahaja yang ingin mengambil manfaat.

- " When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there.. "

- "Knowing is not enough..we must apply. Willing is not enough..we must do" -Johann Wolfgang von Goethe

- " The game of life is a lot like football. You have to tackle your problems..block your fears..and score your points when you get the opportunity.."

- " The best of friends,Worth more than gold..Give all the love,A heart can hold.."

- " Ya Allah.. please forgive me..Guide my steps don`t let me go astray.. You`re the only one that showed me the way! "

- " bintang-bintang di langit tu macam orang-orang yang kita sayang. kita tak boleh nak expect mereka sentiasa bagi cahaya pada kita..sebab mereka mungkin terhalang untuk bagi cahaya pada kita..atau sebab-sebab lain yang kita tak tahu.." - belalang.

- " i'm not really clever...but still can defeat people! "

- " 50% of something is far better than 100% of nothing "

- " The Power Of Your Thinking... The Results Of Your Doing "

- " hanya semudah ABC : Action + Belief + Consistency = SUCCESS "

- " I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.." - Maya Angelou

* yang tak ada nama tu..maknanya aku tak tau sape yang cakap.