Thursday, June 24, 2010

Fikrah : Antara Dua Darjat

إن الله يبعث لهذه الامة على رأس كلّ مائة سنة من يجدد لها دينها

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan seseorang kepada Umat bagi setiap permulaan 100 tahun yang akan (Tajdid) mengembali kegemilangan Agama mereka"


(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud)



Secara ringkas dapat difahami bahawa Allah akan menghantar mujaddid bagi setiap kurun untuk membersihkan agama ini daripada unsur-unsur bid’ah dan khurafat. Antara lain yang dapat kita fahami dalam hadith di atas ialah satu kitaran dimana agama islam akan berada pada satu keadaan yang umatnya dikelilingi perkara-perkara yang salah, dikelilingi fitnah, dan dikelilingi bid’ah. Pada satu ketika yang lain, dengan janji Nabi s.a.w (kebangkitan mujaddid )didalam hadith ini agama islam akan berada pada satu landasan yang mana umatnya kembali pada al-Quran dan Sunnah.



Dua keadaan berbeza dalam setiap 100 tahun. Perkara kedua yang dapat kita faham ialah masalah fitnah, bid’ah, khurafat, serta unsur-unsur yang merosakkan agama ini akan berulang. Sekiranya tidak, masakan Nabi saw menjanjikan akan ada mujaddid bagi setiap 100 tahun?



Bagi situasi yang pertama iaitu agama islam akan kembali kepada al-Quran dan Sunnah, kita mempunyai dua pilihan. Pertamanya, menjadi seorang Mujaddid. Sekiranya tidak mampu sekurang-kurangnya menyokong kearah gerakan tajdid ini, membersihkan agama daripada unsur-unsur yang merosakkannya. Pilihan kedua, sekiranya anda tidak ingin tergolong dalam golongan yang memperbaharui agama ini, tidak mengapa, orang lain akan melakukannya. Ini janji Nabi saw.



Tetapi janganlah sampai kita membuat pilihan ketiga: iaitu menjadi golongan yang menyokong atau pro kearah situasi kedua. Situasi dimana umat islam kembali kepada kepada fitnah, kembali kepada bid’ah. Dimana yang tua terus tua dalam keadaan fitnah dan bid’ah, yang kecil pula membesar dalam keadaan fitnah dan bid’ah.



Golongan yang ingin kembali kepada al-quran dan Sunnah berpegang ketat kepada nas al-quran dan hadith. Maka tampillah golongan yang berslogankan “lebih terbuka” ini membenarkan contohnya amalan-amalan walaupun bersandarkan kepada nas yang lemah bahkan palsu. Mungkin kerana ingin ‘menjaga hati’ masyarakat, ataupun dengan alasan ‘jangan halang orang nak buat baik’. Ya benar, ulama silam berinteraksi dengan hadith yang lemah dengan syarat-syaratnya ( ulama berbeza pandapat akan hal ini ). Tetapi kesannya dapat dilihat pada generasi seterusnya dan seterusnya. Apa yang akan berlaku, amalan yang dibenarkan tadi diamalkan oleh generasi seterusnya, tetapi yang malangnya, sandaran yang lemah itu tidak dihighlightkan. Maka yang diterima hanyalah ia dibenarkan dan dibenarkan. Amalan ini akan terus diwariskan ke generasi seterusnya, lebih malang lagi, dengan tidak mengetahui asal usulnya sekadar mengetahui ia dibenarkan dan diamalkan, generasi akan datang akan menganggap inilah Sunnah. Sedikit demi sedikit islam akan diliputi oleh unsur-unsur yang merosakkan.Umat islam akan sekali lagi dikelilingi oleh fitnah dan bid’ah. Tiada apa yang dapat dibuka dengan “lebih terbuka” melainkan membuka pintu kesesatan. Di permulaan 100 tahun
seterusnya, akan ada seseorang yang akan mentajdidkan agamanya. Begitulah kitarannya.

Bagaimana dengan anda?

Menjadi golongan yang mengembalikan kegemilangan?
atau
mengembalikan kesesatan??



pilihan dihati anda!

No comments: