Wednesday, April 21, 2010

happy anniversary!!




diam tak diam..
bising tak bising..
hari ni adalah anniversary ku dan umi..my parents
so angah ingin ucapkan happy anniversary ke 27!
sooo cute..

kita biarkan mereka sambut bersama ya..
ceritanya kat sini..
petang tadi sempat melepak dengan ku dan umi
di d'ganu cafe..
layan roti bakar..dengan kopi.nyumm..

sambil2 telan roti..
aku telan jugak la luahan hati ku dan umi..
nak buat macamana..

dan sebelum kami beredar..
sempat jugak umi tinggalkan pesanan ringkas untuk aku..
bukan SMS ya!

"nanti nak jadi laki orang..
yang pertama tanggungjawab!
yang kedua toleransi!"

dalam hati aku..
"ya umi..tanggungjawab dan toleransi!
"



Tuesday, April 20, 2010

result dah keluar..yes!!

sebenarnya aku terlupa arini result keluar walaupun dua tiga hari lepas dah ingat..
adoila.. tengah2 best makan tadi..dapat sms dari sorang mamat ni tanya pasal result..

sebenarnya tak rasa macam excited pun nak tengok result.. sebab exam aritu biasa2 saja.. so aku tak menaruh harapan yang tinggi.. walaupun tak nak tgk aku dengan takde perasaan bukak laptop nak tgk result..

0717263

**************

tap! tekan enter..

tengok2 ini result aku..









You are required to pay your compound at Bank Muamalat. To view result bring the receipt to Legal Unit for changing of payment status.





hampeh betul.. ni mesti gara2 parking. uia ni pun satu.dah tau parking tak cukup.. saman2 buat pe. salah dorang tak buat parking..pelajar jadi mangsa. duit masuk kat dorang balik.. pastu buat signboard besar2 dan banyak2... duit2..

sabar jelah..jumaat ni balik uia kene setelkan sebelum menjadi 'sifu' di perak..

orang kite,,


aku keluar dgn
my big boss pegi bank and beli makanan.. then kitorang pegi la kat satu kedai ni. tak tau plak kedai nama apa. umi aku kata kedai noraniza idris..tak tahu la mana datang noraniza idris tu..

aku pun mengambil tempat duduk.. "
milo ais satu..char kuey teow tiga, bungkus eh". kat sebelah meja kitorang ada 2orang perempuan dan 2orang lelaki.sekali pandang.. "wow..america!!" aku tak nak cite yang laki ni.. yang perempuan ni ha.. si A dengan penuh stylo isap rokok.. cool man.. yang si B ni plak..tak habis2 bercakap.. pot pet pot pet.. yang aku dengar..beghuuukk.. aku dengar lagi.. nataaang.. hebat ah.. maki hamun dah boleh buat zikir..

dalam hati aku cakap.."
boleh tahan jugak orang sini ek.."
aku terlupa yang aku tinggal di sebuah 'bandaraya'..

Tuesday, April 13, 2010

dear my friends

my friend when i think of you
terasa bintang berkelip padaku
bukan thurayya tapi jauza' itu..
the gift was given from me to you

kawan ketawa senang dicari..
keseorangan bila sedih wa yabki
come and guide me ya sahabi..
a friend to help and get me free..

sahabat ni lain dari yang lain
hum allaziina hard to find
dear friends bring peace of mind
you my best friend..one of a kind.

aku berdoa agar kau sihat.
miles away can't keep us apart
lan ansa hayaati ma'ak
cause you'll always be in my heart!

belalang oh belalang..


Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey

Niat di hati
Nak mengembara
Guru dicari
Ilmu diminta

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey
Bukannya nujum
Bukan temberang

Budak ni geliga otaknya
Bukan sebarang

Apa nasibnya
Belalang di rantau
Baiklah hendaknya
Janganlah dirisau

Dapatkah ditunjuk
Jalan yang gembira
Nasib yang buruk
Akhirnya bahagia

Belalang oh belalang
Belalang oh belalang
Hey

Akalnya panjang
Hatinya terang

Belalang oh belalang
Hey hey
Belalang oh belalang

Mengubah nasib
Menjadi senang
Ke mana pergi
Disayang orang


ost belalang

Saturday, April 3, 2010

award ke?

sebelum apa2.. ZAr sebenarnya tak tau konsep award kat blog ni.. xpenah dapat pun. layan jelah. pertamanya..terima kasih pada sape yang bg ni.. kite terus ke soalan2 yang diajukan tu ZAr Series...

1)thanx n link person who gave u award...


2) pass this award onto 15 person you've recently discovered and think are fantastic skin.


3) state 7 things about urself..

ni jawapan dari Lubayb:
1. diri: penampilan kemas dan mementingkan penjagaan diri.
2. hati: murni; tak busuk.
3. perut: berpotensi membuyut.
4. cinta: setia dan bisa membahagiakan.
5. jiwa: sensitif;mudah gembira mudah sedih....
6. kuat cemburu.
7. berwawasan tinggi.

ni lak dari cerot:
1. loser
2.loser
3.loser
4.loser
5.loser
6.loser
7.obses cinta



Thursday, April 1, 2010

jangan jadi kerengga!




salam sejahtera..

entri kali ZAr Series akan huraikan sikap atau perangai yang selalu ada dalam tubuh manusia..kebiasaannya.
boleh jugak dikatakan manusia yang ada perangai seperti ini bersifat 'binatang'. kalau bahasa lembut sikit kita panggil bersifat kerengga.

apa itu kerengga?
- Kerengga, nama saintifik Ocoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris "weaver ants, tergolong dalam Kelas Insekta, Order Hymenoptera, Famili Formicidae, adalah sejenis semut yang berkoloni.

perangai 'kerengga'
- perangai die banyak.. tapi yang paling busuk, dengki.

alahai kerengga
- biar aku cerita..perangai kerengga ni, walaupun diorang menetap bermastautin di sebatang pokok rambutan contohnya..tapi diorang ni tak pernah usik buah rambutan yang dah masak tu..diorang cuma tengok dan bermain-main di sekitarnya..
tapi bila ada orang lain panjat pokok rambutan tu.. untuk dapatkan buah yang manis. tibe2 kerengga tadi terus gigit orang tu.. kenapa ya? sedangkan buah yang ada depan mata diorang taknak.. orang lain nak ambik diorang gigit! kenapa ya?

ni la perangai yang ada dalam sesetengah diri manusia.. peluang ada depan mata diorang taknak rebut. bila ada orang lain yang nak ambik dia gigit..dia dengki.. busuk betul.

kepada siapa2 sahaja..please..jangan jadi kerengga!