Thursday, April 1, 2010

jangan jadi kerengga!




salam sejahtera..

entri kali ZAr Series akan huraikan sikap atau perangai yang selalu ada dalam tubuh manusia..kebiasaannya.
boleh jugak dikatakan manusia yang ada perangai seperti ini bersifat 'binatang'. kalau bahasa lembut sikit kita panggil bersifat kerengga.

apa itu kerengga?
- Kerengga, nama saintifik Ocoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris "weaver ants, tergolong dalam Kelas Insekta, Order Hymenoptera, Famili Formicidae, adalah sejenis semut yang berkoloni.

perangai 'kerengga'
- perangai die banyak.. tapi yang paling busuk, dengki.

alahai kerengga
- biar aku cerita..perangai kerengga ni, walaupun diorang menetap bermastautin di sebatang pokok rambutan contohnya..tapi diorang ni tak pernah usik buah rambutan yang dah masak tu..diorang cuma tengok dan bermain-main di sekitarnya..
tapi bila ada orang lain panjat pokok rambutan tu.. untuk dapatkan buah yang manis. tibe2 kerengga tadi terus gigit orang tu.. kenapa ya? sedangkan buah yang ada depan mata diorang taknak.. orang lain nak ambik diorang gigit! kenapa ya?

ni la perangai yang ada dalam sesetengah diri manusia.. peluang ada depan mata diorang taknak rebut. bila ada orang lain yang nak ambik dia gigit..dia dengki.. busuk betul.

kepada siapa2 sahaja..please..jangan jadi kerengga!

5 comments:

exwostorian said...

kerengga mana makan rambutan...dia makan nasik la...hikhik...

zarseries said...

itu kerengga suksis ler..
haha

~ahmad~ said...

ni salah satu dakwah utk join ko punye Score A ke?

zarseries said...

kerengga memang tak join score a..

zechs said...

huh huhuhuhu
bgus nasehat ni..