Kelebihan- kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis.
(dipetik dari buku: 20 persoalan asas tentang hadis, Adlan Abd Aziz)
Terdapat beberapa kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu yang bekaitan dengannya, antaranya:
1) Rasulullah SAW telah mendoakan secara khusus kepada mereka yang mempelajari hadis baginda SAW. Beliau bersabda:
نضّر الله امرأ سمع منّا حديثا فحفطه حتّى يبلّغه
Maksudnya : Semoga Allah memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaku lalu menghafaznya sehingga dia menghafaznya kepada orang lain.
( Hadis riwayat Abu Daud, hadis no.3660, dan imam-imam lain dengan lafaz yang sedikit berbeza )
2) As- Syafie (204H) pernah menyebut :
" Kamu semua hendaklah mendampingi orang-orang yang mempelajari hadis. Sesungguhnya mereka ialah orang yang paling tepat amalannya dikalangan manusia"
( Al-Adab al Syar'iyyah, Ibn Muflih, jilid 1, muka surat 231)
3) Mempelajari serba sedikit tentang ilmu pengkajian hadis dapat membantu seseorang untuk membezakan di antara hadis-hadis yang sahih daripada yang palsu.
4) Mempelajari hadis akan menjadikan kita memahami bagaimana Al Quran ingin diterapkan dan diamalkan didalam kehidupan. Seluruh kehidupan Rasulullah SAW adalah merupakan terjemahan serta huraian kepada isi kandungan Al Quran. Oleh itu, mereka yang ingin menjadikan diri mereka sebagai golongan yang mempraktikkan isi Al Quran hendaklah mempelajari dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata:
فإن خُلُق نبيّ الله صلى الله عليه وسلم كان القرآن
Maksudnya : Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran
( Hadis sahih riwayat muslim, hadis no. 1773)
5) Dengan mempelajari hadis, kita akan dapat mengetahui bagaimanakah Rasulullah SAW beribadah lalu kita dapat mencontohi Baginda SAW. Kita yakin bahawa ibadah yang dilakukan oleh baginda SAW itulah yang terbaik dan berpeluang untuk diterima di sisi ALLAH.
No comments:
Post a Comment