Pembahagian hadis oleh ulama dalam memastikan samada sesuatu hadis itu benar2 datang dari Rasulullah SAW atau tidak.
(20 persoalan tentang hadis- Adlan Abd Aziz)
1) Hadis Sahih : Hadis yang diyakini bahawa ia benar2 bersumberkan daripada Rasulullah SAW mengikut pengkajian para ulama hadis. Untuk mencapai tahap sahih, sesuatu hadis perlu mencapai 3 syarat utama:
- Sanadnya bersambung ( periwayatnya bertemu dengan periwayat yang sebelumnya)
- Periwayat2nya dari kalangan mereka yang dipercayai (thiqah)
- Tidak ada kecacatan lain yang tersembunyi dan diketahui oleh para pengkaji.
3 syarat ini adalah secara umum, perinciannya boleh dirujuk dalam buku2 ilmu hadis.
2) Hadis Hasan : Hadis yang juga diyakini bersumberkan daripada Rasulullah SAW tetapi kedudukannya tidak setinggi hadis sahih. Hadis hasan berbeza dengan hadis sahih dari segi para periwayatnya. Walaupun hadis hasan tidak sama kedudukannya dengan hadis sahih, hadis hasan tetap menjadi hujah dan dalil dalam islam.
3) Hadis Dhaif : Hadis yang tidak melengkapi syarat2 hadis sahih lalu menjadikannya tidak dapat dipastikan sama ada hadis ini benar benar dating dari Nabi SAW atau tidak. Hadis dhaif tidak dijadikan sumber dalam menentukan hukum hakam dan aqidah. Terdapat pendapat sebahagian ulama yang menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif berkaitan fadhilat amalan tetapi dengan syarat2 tertentu. Terdapat juga sebahagian ulama lain yang menyatakan bahawa hanya hadis sahih dan hasan yang boleh diamalkan.
4) Sangat dhaif (dhaif jiddan) : Hadis yang lebih rendah kedudukannya daripada hadis dhaif berdasarkan kecacatan yang ada pada sanad dan matan. Kecacatan ini ditentukan oleh pengkajian para ulama. Hadis dhaif jiddan tidak boleh dijadikan hujah serta tidak boleh diamalkan. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama hadis.
5) Hadis palsu (Maudhu') : Hadis yang telah dibuktikan bahawa ia bukan bersumberkan daripada Nabi SAW. Hadis palsu sememangnya bukan hadis. Kita tidak melihat kepada maksud hadis palsu tersebut samada baik ataupun tidak tetapi kita melihat pada dosa menyatakan sesuatu itu hadis sedangkan ia bukan hadis.
Sabda Nabi SAW :
"Sesiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka"
( Hadis riwayat Bukhari : hadis no 109)
Ahli Hadis terkenal dari mazhab Syafie iaitu Ibn Hibban ketika menghuraikan hadis sahih:
" Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)"
- Riwayat Muslim, hadis no. 5
Ibn Hibban berkata: Didalam hadis ini terdapat larangan kepada sesiapa sahaja supaya tidak menyebut semua perkara (termasuk hadis) sehinggalah dia yakini itu adalah sahih.
(Tamam al Minnah Fi al Ta`liq 'Ala Fiqh al Sunnah, Syeikh al Albani, kaedah no.11)
Malah Ibn Hibban telah membuat kesimpulan di dalam bukunya iaitu Sahih Ibn Hibban bahawa sesiapa yang menyebut sesuatu hadis tanpa mengetahui adakah hadis tersebut sahih atau tidak maka dia adalah berdosa dan layak memasuki neraka.
(Sahih Ibn Hibban- bab il I'tisham bi al Sunnah – hadis no 29 hingga 32)
No comments:
Post a Comment