Tuesday, November 24, 2009

siri1 musim kedua..

alhamdulillah..

kali ni aku rasa nak menulis..

sebenarnya aku dah bosan nak tulis ataupun bagitau semua yang aku dah lama tak update blog ni..
sebab..itu dah maklum..

aku selalu terfikir untuk menulis sesuatu yang memberi manfaat pada pembaca..ilmu..
tapi oleh kerana kekangan itu..aku tak boleh buat..
kekangan ape..yang itu kita tak tahu..

apsal ada bau macam klinik gigi kat sini..
haish..potong betol la..
hilang idea nak menulis..
kita sambung lenkali la ye..

haa..tapi sebelum tu..
baru2 ni aku gi tampal gigi..
sakit...
die gerudi gigi aku..
tapi tenkiu ar doctor gigi..
rasa makin ensem je skrg ni..haha..

lagi satu..
banyak sebenarnye nak cerita kat sini..
terima kasih la pada sape2 yang amek berat pasal aku..
tak kesah la lelaki atau perempuan..
yang perempuan aku tak nak cite la..
tapi nak cite yang lelaki ni..

********************************
harap maaf!
entri ni terpaksa di edit untuk menjaga kepentingan beberapa pihak..
entri asal tepaksa di delete setakat ini sahaja.

terima kasih..

Wednesday, October 21, 2009

kembali terjalin..

aku tak ingat bila aku update blog ni..

tapi aku harap jalinan aku dan blog menjadi lebih erat..

seperti mana aku pernah bahagia dgn blog satu masa dulu..


kadang2 aku terfikir..

Zar Series tempat berkongsi kesedihan atau kegembiraan????

Sunday, August 30, 2009

"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.."

"....aku dah taknak.. aku dah taubat! " jerit ayin sambil air matanya jatuh ke pipi..

Suasana tenang waktu senja diisi jeritan ayin.. ayin kesal dengan perbuatannya dan tidak mahu mengulanginya lagi.. ayin bertaubat tak nak makan sambal belacan lagi.. pedas! tapi bila keesokan harinya.. sambal belacan ibunya sekali lagi menggoda ayin. Tanpa berfikir panjang..dia makan lagi.. begitulah kehidupan ayin dari kecil hingga besar.. betul dia dah taubat..tapi apa boleh buat.. sambal tu sedap!

ni la yang aku nak namakan taubat sambal! kita selalu lalui dalam kehidupan sehari2.. apabila kita atau kawan2 kita melakukan kesalahan.. antara ayat yang kita dapat dengar...

"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.."

tapi tak lama selepas itu..kita atau kawan2 kita tadi buat lagi benda yang sama...

1) hadi seorang pelajar yang malas ke kelas... banyak kelas dia ponteng. pada satu hari, hadi mendapat sepucuk surat dari lecturernya.. yang die tidak dibenarkan menduduki peperiksaan..
"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.." bisik hati hadi..
hadi rasa bersalah dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi..tapi satu sem kemudian, hadi masih malas ke kelas..dan mengulangi perbuatannya tadi..

2) zareeq menunggang motosikal ke ciber cafe berhampiran.. dalam perjalanan, dia disaman kerana tidak memakai helmet.. zareeq menyesal dan berkata..
"..aku dah taubat..aku taknak buat lagi.."
tapi keesokan harinya..zareeq ke cc tanpa memakai helmet lagi..

manusia sering menyesal selepas melakukan kesilapan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.. tapi apa yang berlaku, mereka terus melakukannya lagi.. dan lagi.. dan lagi.

sempena bulan yang mulia ni.. ramai yang beramal ibadah..memohon keampunan.. tapi janganlah "bertaubat di bulan Ramadhan, tapi buat di bulan depan!" biarlah kekesalan dan keazaman kita itu adalah taubat dengan erti kata yang sebenar.. bukan dalam istilah "taubat sambal!"

jadikan taubat kita taubat yang ikhlas, menyesali dengan benar2 penyesalan terhadap kesilapan dan berazam tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi..


p/s* lebih elok taubat sambal dari langsung tak bertaubat!

Saturday, August 29, 2009

setelah sekian lama..

teringat masa kecik2 dulu..selalu main kompang kat rumah orang kawin. tak sangka pulak..dah masuk u ni pun ada peluang nak main..setelah sekian lama..
mangsa yang terbaru ialah wedding abang ashrul.. nasib la keluarga pak azmi.kami berlatih 1 hari je... ni la manusia2 yang main kompang. err...yang perempuan tu jd...pandai2 la korang.

* ni sebelum pose..

Tuesday, July 28, 2009

taknak komen lah..

berkaitan entri yang lepas
aku bilang aku akan kupas
tapi memandangkan aku malas
tak payah komen las..
hehe..

ia hanya tentang seorang peminat MU..
yang hanya mampu melihat syaitan itu menyerang negaranya..
tidak mampu melakukan apa-apa..
hanya sorakan biasa..
yang mampu dilakukan oleh semua.

* mood H1N1*
tengah tunggu ultraman, spiderman,superman, batman, cicakman, transformer selamatkan dunia..huhu..

Monday, July 20, 2009

taknak komen lagi..




komen lepas 2nd match lah!!





Wednesday, July 8, 2009

to all barb students!!

salam sejahtera..

kali ini entri di ZAr Series di atas platform ALA (Arabic Language & Literature Association)

kepada semua pelajar bahasa arab iium, ALA giat mengadakan mukhayyam arabiy di sekolah-sekolah kerana permintaan yang tinggi. Anda dialu-alukan untuk menjadi fasilitator untuk program berikut:

Julai :
Minggu Kedua : SMK Sg.Pusu, gombak
Minggu ketiga: Sekolah Islam Adni
Minggu keempat : SMA Idrisiah, perak & SMK Segambut Jaya

Ogos
Minggu pertama : -tiada-
Minggu kedua: SMK Kota Damansara
Minggu ketiga: Smk Tengku Ampuan Rahimah & SMK Munshi Ibrahim Labis
Minggu keempat: - puasa -

segala butiran lanjut dan syarat2 nya:
sila ke laman ini

Sunday, June 28, 2009

monolog

eh zar..ko tengok entri-entri kat blog ko tu..

apsal?

takde ar..entri2 yang terbaru takde originality langsung!
video la..lirik lagu la.. gambar la..
kalau nak tengok video..baik bukak youtube.
kalau nak cari lirik lagu..baik search kat google.
kalau nak tgk gambar ko plak..myspace ada..frenster ada..facebooks ada..
tapi ade ke yang tengok gamba ko tu..haha..

aku bukan ape ngok..takde idea ler..
tu kire untung aku letak..
kalau tak..ada yang bising.
nanti mula la ym aku..
" chaa..nda update blog ka?"

apa punya turr!
ko letak la cerita ke..
puisi ke..
artikel ke..
bagi la menarik sikit..

alah.. bukan ramai yang baca pun..
aku update ke tak update..sama je..
kau ingat nak buat artikel, puisi main petik je ke?
adoyai..

ko cakap jela kau tu malas..
main kad boleh..
pes boleh..
poker boleh..update blog tak boleh?!!

relax la bro..
lu bising-bising apahal?
gua punya blog..gua punye suke laaa...

wei..gua bagitau baik-baik..
lu nak main kasar nampak!

beb, lu ingat lu tinggi suara gua cuak?!
kalau gua bagi lu.. lu mati!!
mati!!!

aaarrgggghh!!!!

pang!!

barua ayam!!! yearghh..

hamek kao!

dusshhhhhh!!

telaco!!

pang!! ping!!pung!!
dashh!! dishh!! dushh!!

_*%$#@@%&*&*)_*&^%
_)*%#@!?":>,/'{&**#!!


sampai lebam..

ah..lega dapat siapkan satu entri.
monolog..yuhuuu!!

teka teki untuk kamu: B1.6 yeah..


padankan mengikut kesesuaian
siapakah yang sesuai untuk jadi:
1) singer - ?
2) guitarist - ?
3) keyboardist - ?
4) drummer - ?

Wednesday, June 24, 2009

exam.. am.. emm..

setel dah aku punya exam..

dengan ini berakhirnya short sem..

satu hari tak tido otak dah jem..

mata takleh bukak macam dah krem..

nak balik ganu tapi ada program..

ah...damn.. damn..

Wednesday, June 17, 2009

Z Series: Cari Jodoh - Part 2

Z Series: Cari Jodoh - Part 1

" Timur ke barat, selatan ke utara
tak juga aku berjumpa....
dari musim durian hingga musim rambutan
tak kunjung aku dapatkan
tak jua aku temukan
oh Tuhan..inikah cobaan?
ibu-ibu!! bapak-bapak!!
siapa yang punya anak?
bilang aku..aku yang tengah malu
sama teman-temanku
kerna cuma diriku yang tak laku-laku
pengumuman!! pengumuman!!
siapa yang mahu bantu?
tolong aku.. kasihani aku
tolong carikan aku kekasih hatiku
siapa yang mahu???? "
-wali

Sunday, June 7, 2009

best!! fun!

layan jelah.. wat ilang stress..

Wednesday, June 3, 2009

program lagi..

kem bahasa arab untuk pelajar-pelajar SMA seluruh johor.
bertempat di Maahad Johor.
30 Mei - 1 Jun 2009
komenZar: ..sesi taaruf.. adik2 pakai kopiah.abang fasi je tak pakai.hehe..

komenZar: berehat sebentar..menikmati keindahan..

komenZar: ..mughamarah (explorace) di zoo johor.. sempat bergambar dengan ahli kumpulan sebelum pulang.

more picture:

facebook

friendster

buat pencuri..

sejak kebelakangan ni..
banyak kecurian berlaku..
bilik aku dah kena kali kedua.

1st.. hp member dengan duit aku hilang..
2nd.. laptop member aku pulak.

kalau nak dikira laptop tu dah tersangat2 uzur..
alhamdulillah pencuri tak berminat dgn laptop aku.
mungkin ada sebab2nya..

ini berlaku time aku pegi johor hari tu..
bilik kami agak terbuka sebenarnya..
maybe sebab duk kat level 1..
tempat persinggahan kawan2 yang lain..
jadi ramai la kwn2 yang singgah.

antara sifat buruk kami ialah..
"percaya kawan"
bila dah berkawan tu.. percaya 100 peratus.
tapi kami lupa..bukan semua yang macam tu.

tak tau la manusia jenis apa yang sanggup aniaya kawan..
actually, aku tak tau pun sape yang amik..

tapi kalau engkau yang amik..
kau yang aku anggap kawan..
dosa kau dengan dud..kau tanggung.
dosa kau dengan mail.. kau tanggung.
dosa kau dengan aku..aku xkesah.
mungkin kau takde duit sangat..kire halal.
tapi lepas ni.. kau tak payah la cari aku lagi.
aku menyesal kenal dengan kau!!

Thursday, May 28, 2009

Kem Bahasa Arab - SBPI Gombak


komenZar: bergambar sebelum bertolak pulang..


komenZar: "al-ankabut" beraksi di konsert pertama mereka. dikir barat dalam bahasa arab!


komenZar: ni la budak2 group aku.. nama group.."al-ankabut". walaupun baru form3, penguasaan bahasa arab diorang bagus..

Tuesday, May 26, 2009

Fabulous Forbidden!



we are the champion..glory2 forbidden!!

forbidden fc re-united.

ditubuhkan ketika di mciium.

digabungkan kembali dan terus menjadi johan untuk futsal charity tournament. mengalahkan team hape ntah 3-0 di final.

ayuh berkenalan dengan legend2 ni..

duduk:
( die ni suke menggentel aja..mau di 'ole' nya..telaco betol)

dari kiri:

bade'
( ketenangan menjadi kunci kejayaan, kelemahan die.. "own goal")

nabil
( fenomena nabil..telah menemui posisi sebenarnya iaitu keeper. kelemahan die ni..suka membebel time game. antara zikir yang die selalu sebut..err.. "babi")
amazing anep & terrible temmet
( 2 player ni baru dibeli on free transfer.haha.. pasangan adik beradik macam rafael & fabio. anep lebih hebat dari abangnya. kelemahan.. tidak boleh digandingkan bersama. confirm hancur..)
terrific tuan (zar)
( yang ni memang legend. score 6 goals in 3 matches. kelemahan.. ada ke? dari ape yang diorang cakap la kan.. die ni player yang pemalas gile!.)
komenZar: biasala.. player bertaraf bintang akan ada perangai yang macam tu..bajet star!
wonderful wan
( die ni ibarat manager yang tak dilantik dalam forbidden fc. memang dari matric lagi..die akan tentukan sape yang men dulu.kelemahan dia ni..same gak.."own goal". tapi ok sikitla..die boleh buat gol jugak )
awful ashrul
( mamat ni takde dalam gambar. sebab die tak main untuk semi & final. die ni seorang yang 'over' time celebrate goal..kelemahan, yang ni banyak..salah satunye suke sangat jatuh. ada khabar angin mengatakan ashrul tidak lagi berminat bersama forbidden fc. hubungannye dengan manager ffc tegang kerana beliau lebih berminat untuk bersama kaki bangku fc. contract bersama ffc akan tamat hujung tahun ini.)

Thursday, May 21, 2009

selamat hari aku!!

entri yang lepas pasal hari guru dan hari ibu..
sekarang ni hari aku pulak..
dan hari-hari yang mendatang.

tak cukup kat planner..
kat sini pun aku nak tulis gak program aku.
boleh la membebel panjang sikit..

ni bukan suke2..
ni untuk sape yang cari aku..
kalau aku takde atau tak reply mesej korang.
maknanya aku busy..
ataupun aku memang malas nak reply.hehe..

1. aku ada program dengan sbpi gombak pada hujung minggu ni.
kem bahasa arab untuk pelajar pmr. aku risau join program kat skolah.. sebab ape? aku takut budak2 skolah tu syok kat aku.hahahahaa..

2.pada masa yang sama, ada tournament futsal. aku dah register untuk forbidden fc. Aku serba salah sebenarnya. nak jadi fasi atau main futsal. untuk tidak mengecewakan sesiapa, aku akan cuba join dua2. huhu..tamak giler!! memang aku nak ole semua musuh aku.huh! teruja dapat main dengan team forbidden fc. legend!

3.aku ada midterm minggu depan. subjek abbasid. tak tau bile nak study..

4.member baik aku budak johor nak jumpa aku. so, aku kene la entertain dia. kitorang memang baik gila. dah banyak kali kata nak datang,at last tak jadi. kali ni kalau tak jadi...memang aku sekeh kepala dia.

5.hujung minggu depan pulak.. ada lagi satu program bahasa arab untuk pelajar bahasa arab kat maahad johor. jauh jugak tu..tapi aku suke je. dapat balik kampung halaman.ngeh2..

6. dan yang terakhirnya.. berkenaan permintaan ummuhadra yang nak dengar lagu esokku kini. yang ni la buat aku paling busy.. perkembangan terkini, lagu tu dah siap. cuma lagu tak clear.tak dengar sangat.. aku harap dapat rakam lebih jelas lagi untuk pengunjung Zar Series. So, itu ambil masa la sikit..sambil2 duk cari lagu esokku kini. ada dua lagu yang dah siap iaitu 'yelah aku sape' dan 'cha..' thanks buat emmett, usop, and hanan.

ni la jadual aku yang akan datang. ada lagi satu..meeting dengan src. tapi aku nak buat2 lupa..haha..

last skali.. untuk diri aku..tak kesah orang panggil aku ape. tak kira zar, azhar, tuan, tuek (legend),angah, azreen, ayeng, ayin, zahar, jahar, dan sebagainya..

aku nak ucapkan..
SELAMAT HARI AKU!!!!!

komenZAr: aku suka biru..

Sunday, May 17, 2009

hari ibu + hari guru.

sempena hari ibu dan hari guru..

aku banyak wish sape2 yang layak bagi diri aku..

tapi xlarat nak wish sume orang..

untuk hari ibu..of course la ummi aku.

Rahani bt Abdullah. ni secret, takleh cite panjang2..

aku ada jugak wish beberapa insan lain seperti....(isi sendiri)

untuk hari guru plak..aku wish semua cikgu yang ada dalam list phonebook aku.

dari banyak2 msg diorang reply..ada 3 msg yang buat aku senyum sorang2..

ngeh..ngeh..

1.my ummi (tak nak bgtau korang..)

2.salah sorang ibu reply (ibu mertua kot..)..

" tq, sayang anak mak.."

3.ustaz aku merangkap ketua warden dulu..ust faizi, die tulis..

" thank u my son"

hehe.. papepun rasanya belum terlambat untuk aku tulis.

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru!!!

untuk ibuku dan ibu-ibu seMalaysia.

untuk kesemua guru-guruku di:

tadika kemas kuala besut ( cikgu aya, cikgu ana & lain2)
sk kuala besut (semua skali)
sk pengkalan nyireh (ustzh nik fatanah n lain2)
sek agama simpang rengam 1 &2 ( ustzh aminah, ust norizam n lain2)
sk simpang rengam (cikgu ramidah,cikgu nakiah,teacher kamisah,cikgu jumaat,cikgu ismail, dan ramai lagi)
last skali smk simpang rengam!!!
yang ni nak sebut nama ramai sangat..untuk semua guru2 smk simpang rengam..
you are d best!! i love u!

Friday, May 15, 2009

KEYBOARD YANG SIAL!

KEYBOARD YANG...

sekali sekala aku menggunakan..

laptop member sebagai bahan..

mula mula kenapa begini..

lama lama aku mengerti...


ku taip salah, seperti sasau..

kau buat aku, seperti kerbaaaauuu..


kau keyboard orang, aku mengerti..

tapi kau buat, ku sakit hatiiiiii.....


lemah lembut,sopan santun..

tekan tekan perutmu ituuu..

tengok tengok, tak keluar pun..

rupa rupanya aku tertipuuuu.....


ku ingin blah, aku dah letih..

semua kerana kau memang hampeeeeeehhhh..........


ku naik berang, jadi si emo..

kalau ku serang, kau pendek umuuuurrr......



Wednesday, May 13, 2009

Jom Jamming!!

ni namanya gamelan..

ni la yang yang ktorang selalu jamming tiap2 minggu..
sem lepas la..

zar, dude, ashrul n cerot..

memang old skool punye..hehe.

selain futsal, tengok wayang, karaoke, tido..
gamelan salah satu cara untuk bergembira.haha..

tapi aku bukanlah pemain gamelan yang komited.
sekadar mengisi aktiviti kokurikulum.


ni namanya gambang
alat yang aku duk ketuk..
mula2 memang kekok..
tp lama2 ok je sebenarnya..



ini plak bonang..
memang tak reti.
tak penah lagi main benda ni..
hehe..satu hari nanti kot.
banyak lagi alat lain dalam gamelan ni..

google punye google..
jumpe gamba ni.
cikgu kitorang..
tabik respek!



Monday, May 11, 2009

esokku kini

harapkan..
esokku bersinar terang
menghapus kelam malam..

harapkan..
esokku bersama kejayaan
diiringi sejuta senyuman

menuju destinasi
percaya pada diri
mengorak hati melangkah kaki
satu langkah seribu erti..

oh..ku ingin terbang..
menggapai bintang
segala rintangan tiada penghalang

biarpun tinggi
ku terus mendaki
onak dan duri membuatku lebih berani

harapan bersemi
kejayaan dinanti
kerna ku percaya
esokku kini..

Sunday, May 10, 2009

1st album..


alhamdulillah.. setelah bertungkus lumus. dibawah ZAr RC kami telah berjaya merakamkan album pertama saya secara solo. ini adalah haluan baru saya setelah keluar masuk dari alghay band dan kayu band. Album ini mengandungi 10 buah lagu yang dicipta oleh saya sendiri dan beberapa komposer lain yang terkenal seperti Mr.Emmett, Ismail Pungki, Dude Feterman, Ashrul amahallah usman.. dan lagu yang dijangkakan akan meletup letup ialah single pertama yang juga merupakan tajuk album ini.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah:

1) Esokku Kini
2) Keyboard yang sial!
3) Tepuk atau Tebuk? ft Ismail Pungki
4) Laptopku RM200
5) Sheet!
6) Cha..
7) Telaco (versi Sabah)
8) Yelah~ aku ni sape..
9) La la la.. blaja la (remix)
10) Allah Taala~ ft dude feterman

akhirnya,setinggi2 perhargaan buat Mr.Emmett yang menyediakan kemudahan studio b3.2 untuk pembikinan album ini. walaupun hanya menyediakan sebuah gitar letrik dan sebuah gitar akustik. juga terima kasih buat asik dan yusuf sebagai perkusi untuk lagu "Allah Taala".

Wednesday, April 29, 2009

kopi radix + semut


aku tak tau la pasal statement ni..

"telan semut boleh buat orang lupa"

mitos?

fact??

ape2 lah..

fakta yang aku tau..aku dah beberapa malam telan semut!

yayaya...

biasela bila kat rumah..aku tido lewat..

tgk tv..men game football manager (aku menang super league beb! team ganu!!)

hehe..sambil ditemani secawan kopi radix!! "..mai secawan.."

tapi malam td, time tgk game barca and chelsea..

macam biasa..minum kopi radix..

layan punye layan..adek aku bangun. (nak stadi la konon..)

bukak lampu! tup!

fuh! meriah je aku tgk semut2 tu berenang dalam kopi radix aku..

hm..selama ni aku duk minum dalam gelap..

err......kopi radix + semut!!

tobat tak minum dalam gelap lagi!

moga semut2 dalam perut aku selamat dunia akhirat..

Tuesday, April 28, 2009

patut ke tak patut??


hah.. tengok ni..
aku tak tau la..tgk muke mamat yang angkat aku tu..
relax sebab ringan sangat or tahan nak terberak..

orang bilang.. aku ni kurus sangat!
btol ke?

siap ada "miss tembam" ni suh aku gemOk kan badan..
nak aku jd macam die la kOt.

miss tembam kata..(macam nila lebih kurang..tak ingat..)
".. u bagi gemuk la sikit..siyes! nanti ramai yang minat kat u!"

katanya lagi..kalau gemuk sket lagi macho!huhu..
memang ramai yang ckp aku kurus..

tapi patut ke aku kasi gemuk?
patut ke tak patut??

*miss tembam: identiti dirahsiakan..

"..im back!.."

result last sem dah pun keluar..
harap korang semua (iium students) puas hati dengan result korang..

sebenarnya bukan nak bangga tulis pasal result kat sini..
tapi aku betul2 teruja!huhu..
"..ZAr dah kembali.."

nak share sejarah silam aku sket..
last 2 sem,result aku teruk..sangat teruk!
sampai ke tahap tak tercapai akalmu! hehe..
gpa aku jatuh 0.4!
banyak tu.....


and last sem aku fokus lebih sikit je tuk stadi..
tapi still slalu ponteng kelas..(blom jumpe ubat tuk penyakit ni..)
huhu..

and alhamdulillah..
bile check result.. naik balik 0.4!

dan..
kat sini jugak ZAr nak amik kesempatan..
mintak maaf kat board ala society and all the excos.
"..aku kurang bg komitmen tuk sem lepas..im very2 sori!.."
"..walaupun byk masalah yang berlaku dalam ALA..tapi aku buat kering je..sori mr. president!"
"..juga pada sape2 la..aku jarang reply msg ke..ape ke.. tak pegi kuliah ke..hehe, sori syeikh alitantawi!.."

ni semua bukan ape.. nak fokus lebih tuk diri sendiri je.
huhu.. sorry2!

Monday, April 20, 2009

bunkface-silly lily

entah macamana boleh layan plak lagu2 diorang neh..
layan jelah..best!

SILLY LILY!!
walking over me
like a desperation going to explain

but the nightmare
and illusions
she wont happen to believe that its on me

waiting for a sign everytime she comes
its getting so unreal to
BELIEVE ! THAT ! EVERYDAY!!!

(C/O)
SILLY LILY!!
NEVER REALLY LIKED ME
SHE TOLD EVERYONE THAT
I WAS SUCH A GAY

BUT SILY LILY!!
THOUGHT IT WOULD BE EASY
HER PHILOSOPHY IS
BEING LEFT BEHIND BECAUSE OF ME

SILLY LILY,
walking over me
like an ordinary girl
i would ignore to pass the time

but the nightmare
and illusions
she makes everything so right
it got me going everytime

waiting for a sign everytime she comes
its getting so unreal to
BELIEVE ! THAT ! EVERYDAY !!!

(C/O)
SILLY LILY!!
NEVER REALLY LIKED ME
SHE TOLD EVERYONE THAT
I WAS SUCH A GAY

BUT SILY LILY!!
THOUGHT IT WOULD BE EASY
HER PHILOSOPHY IS
BEING LEFT BEHIND BECAUSE OF ME

SILLY LILY, like an impact strike on mtv
SILLY LILY, like a new beginning to believe
SILLY LILY, like an activated misery
SILLY LILY, like a rush towards the possibilities

Thursday, February 12, 2009

selamat tinggal dunia..

selamat tinggal dunia..
kata..ungkapan dan bahasa..
ku ucap pada semua..

selamat tinggal dunia..
detik..saat dan minit..
hidup sempit terhimpit..

selamat tinggal dunia..
sampai..datang dan hadir..
masa.. dekat dan hampir..

selamat tinggal dunia..
hidup akan subur..
semangat takkan luntur..

selamat tinggal dunia..